Utama > Uncategorized > TAFSIR : Surah al-Fatihah

TAFSIR : Surah al-Fatihah


TERJEMAHAN

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam 3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 4. Yang menguasai hari pembalasan 5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan 6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus 7. (iaitu) orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani).

Kandungan Surah Secara Umum

Surah ini mengandungi pengertian al-Quran yang agung merangkumi prinsip dan cabang agama. Ianya menyentuh perkara yang berkaitan dengan akidah, ibadah, perundangan, keimanan terhadap hari kebangkitan, sifat-sifat Allah yang Maha indah, kewajipan mengesakanNya di dalam ibadat, meminta pertolonngan dan doa, pedoman untuk mencari hidayat agama yang benar dan jalan yang lurus serta menghindar jalan yang terpesong dari petunjuk Allah swt.

Nama-nama Surah

Surah al-Fatihah mengandungi dua belas nama seperti yang disebutkan oleh Imam al-Qurtubi iaitu,

1. Surah al-Solah (Sembahyang) kerana disebut dalam hadis Qudsi :
”Sembahyang dibahagikan antaraKu dan hambaKu kepada dua bahagian,”

2. Surah al-Hamd (puji-pujian) kerana disebut di dalamnya perkataan ‘al-Hamd’.

3. Fatihah al-Kitab (Pembuka al-Kitab) kerana ia merupakan pembuka bacaan al-Quran secara lafaz dan tulisan; dan juga ‘iftitah’ atau pembuka sembahyang.

4. Ummul Kitab (Kitab Induk) mengikut pandangan majoriti (jumhur) ulama kerana Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya,

”Alhamdulilah adalah ummul Quran, ummul Kitab dan sab’ul mathani (tujuh pujian),”
Disebut sebagai al-Mathani kerana ia dibaca di dalam setiap rakaat.

6. Al-Quran al-Azim kerana terkandung di dalamnya seluruh ilmu dan objektif asasi Quran.

7. Al’Syifa’ kerana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

”Pembuka al-Kitab adalah penyembuh segala penyakit,”

8. Al-Ruqyah (jampian) kerana Rasulullah saw bersabda kepada orang yang menggunakan surah ini untuk menjampi penghulu sebuah kampung (pada zaman beliau masih hidup) :

”Anda tidak tahukah bahawa ia (surah al-Fatihah) adalah jampi (yang mujarab),”

9. Al-Asas (asas) kerana Ibn Abbas berkata ”Asas semua kitab (samawi) adalah al-Quran, asas al-Quran adalah Fatihah dan asas Fatihah adalah bismillahirrahmanirahim,”

10. Al-Wafiah (Yang memenuhi keperluan) kerana ia tidak boleh dibahagikan dan diringkaskan. Jika dibahagikan surah al-Fatihah kepada dua bahagian di dalam dua rakaat, maka mengikut pendapat majoriti (jumhur) ulama, hukumnya adalah tidak boleh.

11. Al-Kafiah (Yang memadai) kerana ianya telah memadai daripada segala yang lain. Manakala segala yang lain tidak memadai melainkan dengannya.

Inilah nama-nama surah al-Fatihah. Namanya yang masyhur ialah al-Fatihah, Ummul Kitab dan Sab’ul Mathani. Maksud kalimah ”surah” di sini ialah sejumlah ayat-ayat al-Quran sebanyak tiga ayat atau lebih dengan namanya yang tertentu : diketahui dengan jalan riwayat yang thabit (pasti).

Kelebihan Surah

Kelebihan surah al-Fatihah adalah jelas dan thabit dengan hadis-hadis sahih. Diantaranya ialah sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

”Allah tidak menurunkan di dalam Taurat, Injil seperti Ummul Quran, ia adalah sab’ul mathani dan ia -seperti yang disebut Allah swt di dalam hadis Qudsi – teragih di antara Aku dan hambaKu. Untuk hambaKu ialah apa yang dia minta,”

Nabi saw juga berkata kepada Abu Said bin al-Mu’alla yang bermaksud,

”Aku akan ajarkan kepada kamu suatu surah yang paling agung di antaranya surah-surah di dalam Quran. Alhamdulillahi rabbil alamin, ia adalah sab’yl mathani dan al-Quran al-Azim yang dikurniakan kepadaku,”

Dua buah hadis ini menunjukkan kepada firman Allah swt yang bermaksud,

”Dan sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu (wahai Muhammad) tujuh pujian dan al-Quran (Kitab) yang agung,” al-hijr 15;87.

Ayat ini menerangkan demikian kerana Fatihah itu dibaca berulang-ulang (dalam setiap rakaat) dalam sembahyang.

Pendapat Ulamak tentang menyaringkan (Jahr) dan memperlahankan (Sirr) sebutan ‘Amin’

Ulamak mempunyai dua pendapat dalam hal ini. Para ulamak mazhab Hanafi dan Maliki mengatkan bahawa menurut yang rajih – menyembunyikan atau memperlahankan sebutan lafaz Amin adalah lebih utama daripada membacanya dengan nyaring, sebab ia hanyalah doa.

Justeru, Allah swt berfirman dengan maksudnya :

”Berdoalah kepada Tuhanmu dengan (penuh) rendah diri dan dengan suara yang (perlahan) lembut,” al-Araf 7; 55

Ibn Masud berkata, empat perkara yang imam perlu baca dengan perlahan : al-Taawuz, al-Tasmiah (bismillahirahmanirahim), ta’min (Amin) dan tahmid (rabbana lakal hamd).

Ulamak mazhab al-Syafie pula berpendapat bahawa sebutan amin diperlahankan di dalam sembahyang yang bacaannya perlu diperlahankan (sirr) dan perlu dinyaringkan di dalam sembahyang (jahr). Makmum hendaklah menyebut amin bersama imam, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang pernah disebutkan sebelum ini bahawa Rasulullah saw menegaskan,

”Apabila imam menyebut amin, maka (makmum) hendaklah sebut amin bersama,”

Dalil terperinci mereka adalah seperti berikut,

- Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,

”Apabila Rasulullah saw membaca ayat (yang bermaksud) ‘bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi ) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani). : Baginda (lantas) menyebut amin sehingga dapat didengar oleh orang yang di saf belakangya,”

- Hadis yang diriwayatkan oleh Wail bin Hujr,

”Aku mendengar Nabi saw membaca ayat, ghairil Maghdhubi alaihim walad dhoolin; lalu baginda menyebut amin dengan suara yang panjang,”

Bersambung tafsirannya minggu hadapan.

Sumber : Tafsir Munir

Categories: Uncategorized Label:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: