Arkib

Archive for September 25, 2012

PAR Sedia Peguam Untuk Bantu Siravajo

September 25, 2012 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor akan menyediakan khidmat guaman kepada N Sivarajoo, 45, bagi mendapatkan penjelasan tentang punca sebenar kematian anaknya S Sivanu, 25.

”Kita akan sediakan peguam untuk menghantar surat kepada pihak polis Singapura menuntut penjelasan berhubung punca sebenar kematian mangsa,” kata Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah.

Sementara itu, Sivarajoo yang datang sendiri ke pejabat PAR itu berkata pihaknya berasa curiga setelah diberitahu kematian anak lelakinya yang dikatakan lemas di kawasan air pancut di Singapura Ahad lalu.

Menurutnya, mendiang Sivanu ada menghubungi ibunya pada hari kejadian dan berjanji ingi pulang menyambut hari jadi isterinya bagaimanapun berita kematian itu telah memberi kejutan kepada keluarganya.

”Saya diberitahu Sivanu ditemui dalam keadaan tertiarap sambil memeluk begnya di dalam kawasan air pancut yang hanya lebih kurang 100 meter dari tempatnya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sana.

‘Saya tidak boleh terima dan curiga dengan punca kematian Sivanu yang dikatakan mati lemas kira-kira jam 1.20 petang kerana saya diberitahu kawasan air pancut itu hanya paras lutut dewasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Sivarajoo meminta pihak berkaitan membantunya menuntut penjelasan yang terperinci berhubung insiden ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ustaz Atan Dakwah Orang Cina Benut

September 25, 2012 Tinggalkan komen

Kategori:Uncategorized

Simbah Cat Merah : Petanda Kuasa ‘Syaitan’ Akan Berakhir

September 25, 2012 Tinggalkan komen

image

GELANG PATAH – Ramai pihak menyuarakan kekesalan berhubung insiden simbah cat ke atas billboard milik PAS Kawasan ini di premisnya, di Kampung Ulu Pulai, dekat sini.

Bagi Normala Sudirman, Penyelia Pusat Aduan Rakyak (PAR) Pemanis berkata kebobrokan pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa nyata bakal berakhir dan saat-saat kehancuran itu sudah menampakkan riaknya berikutan dengan isu ini.

”Kami menolak ‘budaya samseng dan politik tidak matang’ di Johor khususnya dan juga Malaysia. Tunggulah saat kehancuranmu wahai… (Syaitan yang dikenali ke?)” katanya lagi.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood menyarankan agar Pakatan Pembangkang menubuhkan satu unit Khas bagi membendung provokasi seperti ini dan tidak hanya bergantung kepada pemantauan pihak berkuasa.

”Kita tak perlu harapkan Polis, Hishamuddin dalam menangani isu sebegini lagi (buat tambah marah ke PDRM aje. Mereka diarah majikan).

”Semoga PAS dan PR tubuhkan unit khas untuk mengawasi dan bertindak cepat tepat bagi hadapi pelbagai kejadian di masa depan,” katanya lagi.

Pun begitu, berlainan pula nada Mohd Nazri, Ketua AMK PKR Johor, pihaknya mempersoalkan tindakan ini adakah ia didalangi oleh satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Hal ini kerana menurut blog AMK Gelang Patah didakwa sebelum kejadian, salah seorang ahli PAS telah menerima ugutan dari pimpinan NGO terbabit agar menurunkan semua bendera parti Islam itu.

”Apakah benar Perkasa dalang disebalik perbuatan khianat terhadap Markas PAS Gelang Patah?” tanyanya menerusi laman rasmi Facebooknya.

Kategori:Uncategorized Tag: