Arus ketakutan sudah tidak relevan
PONTIAN – Rakyat di negara ini disaran agar hilangkan ketakutan menghadapi tekanan UMNO bagi sama-sama merubah dan menyelamatkan Malaysia.
Hal ini kerana menurut Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang membenarkan kebebasan bersuara dan perhimpunan secara aman.
Malah katanya lagi, arus ketakutan ini sudah tidak relevan di negara seperti Malaysia ini.
“Himpunan Himpunan Kebangkifan Rakyat, Jelajah Merdeka, anak-anak muda bertemu rakyat, media baru, penyertaan pelbagai golongan seperti artis Bob Lokman dan yang sewaktu dengannya.
“Semua ini adalah tanda dan signal yang akan jatuhnya UMNO apabila semua orang hilang ketakutan daripada ugutan dan alatan BN.
“Inilah gelombang baru. Apa-apa tekanan dari UMNO (tak perlu takut) kerana negara ini milik kita. Negara ini amalkan demokrasi. Manakala arus ketakutan itu sudah tidak relevan di negara ini,” katanya lagi.
Raden Sarobo berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Sembang Santai bersama Bob Lokman di pekarangan Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Bob Lokman, Selebriti terkenal, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Pemuda PAS Pontian, Zainub zabha Baharom, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pontian dan Noor Saiful Amri A Suloh, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pontian.







Komen Pengunjung