Arkib

Archive for Disember 2008

Servey

Disember 13, 2008 Tinggalkan komen

Pada malam 17 November 2008, hari dimana sejurus tiba di KL. Saya cuba mengambil kesempatan malam itu servey jalan menuju ke PutraJaya dengan ditemani oleh abang, adik dan seorang rakan yang lain. Perjalanan dari Sg. Besi ke Putrajaya tidaklah jauh. Hanya mengambil masa lebih kurang 30-40 minit sahaja.

Pemandangan waktu malam Putrajaya cukup cantik dan mengkagumkan. Suasananya tenang seolah-olah saya bukan berada di sebuah bandar. Ketenangan bandar itu seperti di kampung saya. Tanpa dicemari oleh deruan kenderaan berat yang membingitkan telinga. Jauh sekali dengan bunyian rempit dimalam minggu bermaharaja lela dijalanan kampung di Johor.

Advertisements
Kategori:Uncategorized

Percutian

Disember 5, 2008 Tinggalkan komen

100_0764Pada 17 November 2008 kami berkonvoi dari Johor melalui Melaka, Negeri

Sembilan untuk ke Kuala Lumpur. Sebanyak 2 buah kea kereta digunakan.

Lawatan pertama kami di Bandar Hilir Melaka. Tiga jam kami berada di sana

untuk menikmati kemeriahan bandar tersebut. Sejurus selepas itu, kami

bergerak menuju ke Port Dickson. Namun bila melihatkan masa yang agak

sempit, menyebabkan konvoi kami terus menuju ke Seremban bagi mengambil

jalan pintas ke KL melalui lebuh raya utara-selatan. ALhamdulillah, tepat

jam 7.00 malam kami selamat tiba di Bandar Tasik Selatan dengan bermalam

4 hari di sana.

Kategori:Uncategorized

Assalamualaikum

Disember 5, 2008 Tinggalkan komen

Selamat datang ke blog ini, semoga berbahagia hendaknya

Kategori:Uncategorized

Hello world!

Disember 5, 2008 1 komen

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Kategori:Uncategorized