Arkib

Archive for November 2010

Korban Idul Adhha

November 17, 2010 Tinggalkan komen

BENUT : Lebih empat ekor lembu berjaya ditumbangkan pagi ini sempena dengan majlis Korban Idul Adha peringkat DUN Benut dibawah anjuran Majlis Tindakan Dun Benut.
Majlis bermula pukul 8.30 pagi dengan dimulakan solat idul adha dan khutbah oleh ustaz Mazlan Amin. Sejurus itu, proses penyembelihan dilakukan dengan kehadiran begitu ramai daripada masyarakat setempat. Disamping itu, program ini berjalan lancar dengan bantuan Unit Amal. Dianggarkan sekitar 150 orang membanjiri perkarangan Markas menyaksikan majlis ini. Lebih 300 bungkus diagihkan kepada masyarakat di sekitar DUN Benut. Setiap bungkusan daging sekitar 900 gram.

Advertisements
Kategori:Uncategorized

Burasak & Lepat Luie

November 16, 2010 Tinggalkan komen

Pagi lagi saya balik kampung di Tampok untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sempat juga bantu emak buat burasak dan Lepat Luei sejenis makanan bugis.

Kategori:Uncategorized