Arkib

Archive for Jun 2011

Apakah yang tersirat disebalik usangnya papan tanda ini?

Kategori:Uncategorized

Kelantan Memperkasa Tulisan Jawi

Cuba anda bayangkan. Pernahkan anda terlihat papan-papan tanda bertulisan jawi di Johor. Kalau adapun tidaklah begitu luas dan merata. Akan tetapi, situasi ini berlaku di seluruh negeri Kelantan.

 

Kategori:Uncategorized

Hadis : Berwudhu Sebelum Mandi

Aisyah istri Nabi Muhammad saw. berkata bahwa apabila Nabi Muhammad saw mandi janabah beliau mulai dengan membasuh kedua tangan beliau, kemudian beliau wudhu sebagaimana wudhu untuk shalat, kemudian beliau memasukkan jari-jari beliau ke dalam air, lalu beliau menyeling-nyelingi pangkal rambut, kemudian beliau menuangkan (dalam satu riwayat: sehingga apabila beliau merasa sudah meratakan air ke seluruh kulitnya, beliau menuangkan, l/ 72) tiga ciduk pada kepala beliau dengan kedua tangan beliau, kemudian menuangkan air pada kulit beliau secara keseluruhan.”

Kategori:Uncategorized

Pesta Pantai Irama

Kerja-kerja pemasangan banner untuk perasmian oleh Tok Guru

Kategori:Uncategorized

PESTA WAU ANTARABANGSA

TUMPAT – Pesta Wau Antarabangsa Kelantan yang berlangsung selama lima hari berjaya menarik ribuan pengunjung ke Pantai Geting, Tumpat di sini.
Ia menjadi tumpuan pelancong daripada luar Kelantan apabila diadakan pada musim cuti persekolahan di mana mereka ingin menyaksikan sendiri keunikan wau moden …pelbagai rupa yang menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Sepanjang pesta wau berlangsung, peserta dari Australia, Perancis, Korea turut menunjukkan kepelbagaian bermain serta kreativiti menghasilkan wau pelbagai rupa tersebut.

Mengikut tinjauan Mtd Pas Benut mendapati ruang parkir yang disediakan penganjur penuh malah kesesakan turut berlaku diwaktu puncak iaitu petang sehingga kesesakan jalan berlaku 3 kilometer ke lokasi tersebut.

Mtd Pas Benut yang berada di situ sejak jumaat lalu begitu teruja dengan keunikan kepelbagaian reka bentuk wau malahan pihak menganjur turut mengadakan acara-acara seperti pertandingan mewarna, melukis, menaikkan wau, wau naik antara sekolah, bengkel membuat wau, persembahan layang-layang antarabangsa dan pertandingan menaik wau besar turut disajikan kepada para pengunjung.

Menariknya, Mtd Pas Benut seolah disapa oleh pasukan wau daripada Pasir Gudang, Johor, namun dikesali tidak dapat ditemubual kerana ruang masa yang tidak mencukupi untuk berbuat demikian.

Pengunjung daripada Kota Bharu, Zatul Iradah Mohd. Nasir, 27, berkata hari cuti di Kelantan yang jatuh pada hari jumaat menyebabkannya berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga ke program itu.

“Hari jumaat kan, ada solat jumaat. Ia tak menghalang meluangkan masa bersama keluarga. Malahan tidak kelam kabut untuk menunaikan solat jumaat. Jadi program tersebut tidak menjadi halangan untuk dilakukan, malah memberi rasa lapang untuk merencanakan aktiviti cuti bersama keluarga.” katanya ketika ditemui Mtd Pas Benut, baru-baru ini.

 

 

Kategori:Uncategorized

PAS DITERIMA KERANA AMALKAN KEADILAN ISLAM

RENGIT, 23 Mei – PAS dilihat sebagai parti yang mengamalkan sistem keadilan mengikut acuan Islam menyebabkan parti itu diterima oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang menegaskan, Islam mengajar segenap kehidupan dunia ini ada kaitan dengan agama baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial perlu adil kepada semua manusia sebaliknya bukan medan untuk mencari harta kekayaan, kekuasaan dan menerima rasuah.

“Islam datang bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bahkan ia datang (menekankan) pemerintahan yang adil” tegasnya pada Program Himpunan Perdana PAS Ganti UMNO peringkat negeri Johor, di Batu  Pahat, dekat sini, semalam

Beliau menyifatkan neraka yang dihuni adalah untuk mereka yang engkar kepada suruhan agama bukan hanya yang meninggalkan solat semata-mata malahan cara pengamalan politik atau ekonomi yang tidak betul juga menempah kemurkaan Allah SWT.

Beliau mendakwa, UMNO sebagai tulang belakang pemerintah di negara ini tidak melarang manusia berbuat maksiat kepada Allah SWT selain menjadikan urusan dunia tiada kaitan dengan agama.

PAS katanya, bila berpeluang memerintah Kelantan dan Terengganu sebelum ini, telah mempamerkan keadilan sejagat menyebabkan masyarakat pelbagai kaum mula berjinak-jinak dengan PAS.

“Kita berpolitik dengan pemerintahan yang adil. Itu menyebabkan DAP dan Keadilan terima PAS. (Hal ini) Kerana kita (PAS) melihatkan contoh kita berjaya buat perubahan dalam politik.” tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Beliau memberitahu, Nabi Muhammad SAW dikurniakan sebuah kerajaan di Madinah, walaupun Islam menyuruh manusia memeluk Islam, dalam masa yang sama Islam memberi hak agama lain melakukan amalan mengikut agama masing-masing.

Malah katanya, dalam peperangan misalnya agama mengajar perlu berlaku adil kepada semua bahkan Nabi SAW memesan kepada setiap panglima perangnya supaya tidak membunuh orang-orang tua, wanita, kanak-kanak, sami-sami, rumah-rumah ibadah, peniaga, petani, tidak memusnahkan tanaman dan perjanjian yang dilakukan dengan orang bukan Islam, Islam memberi amaran supaya tidak mengkhianati perjanjian damai tersebut.

“Ini diajar sehingga tumbangnya kuasa besar” katanya dihadapan 8000 orang yang memenuhi Kompleks PAS Kawasan Batu Pahat itu.

Kategori:Uncategorized

AHMAD MASLAN DICABAR BERI AIR PERCUMA DI JOHOR

BENUT – Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dicabar memberi air percuma di Johor terlebih dahulu sebelum mencabar negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak, barangan dan perkhidmatan. Demikian kata Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan di peringkat negeri, Pakatan Rakyat tak boleh menetapkan  sesuatu polisi yang sudah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat.

Disebalik isu kenaikan harga katanya merupakan Polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat, manakala negeri tiada kuasa menentukan kenaikan seperti itu.

“Kita sebagai sebuah kerajaan negeri. Kita tak boleh tetapkan  polisi yang ditetapkan pusat. Polisi harga minyak kerja pusat.

“Dia cabar kerajaan Selangor atas nama kerajaan negeri. Bila Tan Sri Khalid (Ibrahim) Menteri Besar. Dia sebut, janji saya beri air percuma kepada rakyat tak kira (fahaman) politik, bangsa dan agama, semua dalam air 20meter padu. Berapa banyak?. Dua buah lori tangki air.

“(Datuk) Ahmad Maslam, saya cabar besok beritahu (Datuk Abdul) Ghani (Othman) jual air 3 sen, jual esok, isytihar 20 meter padu kepada rakyat Johor!, itu polisi kerajaan negeri. Johor mesti bagi air percuma. Jangan nak sibuk turun(kan) air di Selangor. Turun dulu di Johor, barulah boleh berbangga.” tegas beliau ketika menyampaikan ceramahnya di Pekan Tampok, Benut, 27 Mei lepas.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Pontian, Hj. Raden Sarobo Pono, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Pulai Sebatang, Sdr. Shamsudin Jaafar, Naib Yang Dipertua PAS Pontian, Hj. Bachok Welang, Ketua Penerangan PAS Pontian, Sdr. Badrul Hisham, Ketua Pemuda PAS Pontian, Ustaz Faizul Hakim Ahmad.

Kategori:Uncategorized