Arkib

Archive for September 2011

Rumah Terbuka MTD Benut

September 25, 2011 Tinggalkan komen


Kaum Cina turut mengunjungi Rumah Terbuka MTD

BENUT- Majlis Tindakan Dun Benut (MTD) dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian (DPPK) meraikan pasangan pengantin dan seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam dalam satu majlis anjuran bersama.

Menurut Pengelola PAS DUN Benut, Ustaz Atan Gombang berkata, program seumpama ini merupakan satu usaha pihaknya khususnya PAS bagi mendekatkan dengan masyarakat.

‘Pendekatan yang kita gunakan adalah meraikan pasangan pengantin dan anak yang ingin sambung belajar.’ katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran bersama MTD BENUT dan DPPK PONTIAN di perkarangan Markas PAS Parit Ibrahim, Sungai Pinggan, Benut, di sini, semalam.

Sementara itu bagi Farah Hanom Abdul Latif berkata beliau cukup teruja dengan pendekatan yang dilakukan PAS dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan.

Difahamkan beliau akan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda dalan bidang Sains in Bioteknology di Califiornia US selama dua tahun adalah berasal dari Pekan Nenas.

‘Harapan saya agar dapat buat yang terbaik dan pulang dengan kejayaan’ katanya lagi.

Hadir sama Hj. Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Pontian.

Manakala Hj. Bandi Maidi, 68, pula berkata majlis ini meskipun sederhana tapi nampak meriah dengan kehadiran tetamu yang amat menggalakkan.

Disamping itu katanya bahang kehangatan Hari Raya masih lagi terasa membuatkannya turut gembira walaupun 15 hari sebelum ini hidup membujang.

‘Saya cukup gembira hari ini. Tak sangka orang ramai datang. Terima kasih MTD membantu buat kenduri’ katanya lagi ketika ditemu bual Mtd Pas Benut semalam.

Pemberian duit raya kepada kanak-kanak bawah 12 tahun disampaikan manakala seramai kurang 400 jemputan telah mengunjungi Rumah Terbuka itu semalam.

Kategori:Uncategorized