Arkib

Archive for Oktober 2011

PENDAPATAN Selangor Bertambah Sebab Tiada ‘PENYAMUN’ Di tengah Jalan – Khalid Samad

Oktober 30, 2011 Tinggalkan komen

PONTIAN – Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyifatkan pihak yang telah mengambil kesempatan semasa diberi peluang mengurus tadbir negeri Selangor sebelum ini sebagai ‘penyamun’.

Beliau menegaskan perkara ini bila memperlihatkan diawal pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri jolokan’lubuk emas’ itu, dianggarkan pendapatannya tidak sampai satu billion namun setelah tiga tahun berlalu, ia terus meningkat lebih dari angka yang diperolehi sebelumnya.

”Pendapatan Selangor bertambah. Mula tadbir, pendapatan tak sampai 1 billion. Lepas tiga tahun meningkat hingga 1600 juta.

”sebab apa bertambah? (kerana) tak ada penyamun di tengah jalan!” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis ceramahnya di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi Selangor telah membuktikan disebalik pertambahan perolehannya adalah kerana setelah didapati urus tadbirnya yang cekap, beramanah dan bertanggung jawab.

Sebagai contoh katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menamatkan satu perjanjian dengan sebuah Kosortium antarabangsa yang diberi pajakan tanah hutan dara yang melibatkan 5000 ekar dalam tempoh 60 tahun yang disifatkannya tidak memberi pulangan yang baik.

Namun tindakan itu, telah berjaya membuktikan bahawa simpanan dan pendapatan Selangor terus meningkat dari semasa ke semasa bahkan boleh memberi imbuhan kepada rakyat melalui program-program kebajikannya.

”Program bantu rakyat berterusan. Bukan macam BN. Kat Pilihan raya baru nak bagi. Itupun one off.

”Sebaliknya Selangor, bila pertama sekali memerintah bagi 20 meter padu percuma. Bayangkan satu lori tangki Petronas datang kat rumah kita. Kita terpaksa membelanjakan 150 juta setahun bagi tujuan itu.

”Tabung Warisan Selangor. Tarikh 1/1/2008 setiap kelahiran, kerajaan buka tabung dengan nilai RM 100.00. Bila capai umur 18 tahun, setiap orang ada simpanan paling kurang RM 1500.00” terangnya lagi.

Sementara itu, Khalid turut menempelak ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berang dengan penarikan balik elaun yang mereka sifatkan sebagai hipokrit kerana Selangor memberi imbuhan yang sama kepada Ahli Dewan Undangan Negerinya.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan menarik balik cadangan kenaikan elaun Ahli-ahli Parlimen sebanyak 30 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2012 menyebabkan perkara ini digugurkan daripada bajet tersebut.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat tidak menyetujui cadangan itu setelah melihatkan hutang terlampau tinggi dan ia akan bertambah jika dinaikkan elaun para Ahli Parlimen.

Tambahan pula, pembentangan Belanjawan negeri Selangor dikatakan seimbang kerana tidak memiliki hutang dan tiadanya pemborosan dalam soal mengurus tadbir kewangannya.

Sementelahan ujarnya, jika mahu dibandingkan prestasi antara Ahli Parlimen BN dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor jauh lebih baik.

”BN tak boleh lawan Pakatan Rakyat. Prestasi lawan prestasilah. Bajet lawan bajet lah. (janganlah) hingga sanggup buat fitnah” ujarnya lagi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas fitnah kononnya anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencabul seorang remaja perempuan baru-baru ini.

Hadir sama Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:

ISLAM Tidak Beri Apa-apa Masalah Kepada AGAMA Lain – SUBRA

Oktober 28, 2011 Tinggalkan komen

PONTIAN – ”Percayalah, Islam tidak beri apa-apa masalah kepada agama lain” demikian dinyatakan oleh M. Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor.

Menurutnya lagi PAS adalah gerakan yang berpaksikan Islam sudah sewajarnya perlu dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Oleh itu, adalah tidak masuk akal katanya sebuah parti yang dipimpin oleh para ulamak untuk melakukan penipuan dan penyelewengan sedangkan mereka terikat dengan disiplin ilmu dan taqwa yang dimiliknya.

”Parti Islam ditubuhkan ulamak untuk naik taraf Islam. Kalau (PAS) menang, adakah mereka (pemimpin) tipu?

”Kalau tipu, mereka bukan setakat tipu pengundi dan parti Islam (PAS). (tapi) dia turut tipu ajaran Islam daripada Allah.” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, UMNO dilihat kesungguhan untuk membendung kemaksiatan pada tahap yang rendah memandangkan masih ramai lagi golongan muda jauh daripada suruhan agama.

”Apa yang diajar oleh Islam sebagai ajaran hari ini sudah jauh daripada generasi muda.

”Bila azan ada anak muda (masih) menyanyi karaoke.” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Ceramah Perdana Bersama YB Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, di Unit Peti Undi (UPU) Tampok, Benut, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu beliau turut memberitahu bahawa pihaknya mempunyai beberapa bukti yang mana pemimpin Melayu hari ini dakwanya telah menipu rakyat seperti isu pengambilan tanah di Taman Soga Batu Pahat dan di Gelang Patah.

”Berapa banyak bukti (pemimpin) Melayu tipu (orang) Melayu. Taman Soga atau Gunung, Batu Pahat. Tanah itu harta Melayu, rizab Melayu. Yang halau Menteri Besar Zapin. Tanah itu sekarang milik Cina. Bukan mereka Cina yang halau.

”(begitu juga) Tanah Melayu, tebing runtuh di Gelang Patah, dijual kepada pengusaha Kuwait” dakwanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mencabar para pemimpin UMNO supaya dapat menjelaskan berhubung kedudukan 1.3 juta ekar tanah yang dakwanya ada tangan-tangan ghaib yang telah merampasnya.

”Saya cabar (pemimpin UMNO) 1.3 juta ekar tanah, mana perginya baki?. Adakah (orang) Cina dan India rampas?” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada para pengundi di Dun Benut untuk membuat keputusan yang tepat dalam pilihan raya akan datang supaya siri-siri penipuan dapat dibendung untuk mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat.

”Apa salahnya kalau pemimpin Islam (Ustaz Atan Gombang) jadi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) di sini (Benut). (beri undi) tidak rugikan umat Islam.” terangnya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ngaku Islam, Parti Juga Kena Islam

Oktober 28, 2011 Tinggalkan komen

PONTIAN – Bagi seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah maka sewajarnya segala ucapan, tindakan dan pengakuan hanya untuk Islam termasuk penyertaan kepada sesebuah parti.

Perkara ini ditegaskan oleh Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian dengan katanya dalam konteks kepartian di negara ini, PAS dilihat satu-satunya gerakan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.

Sebaliknya menurut beliau lagi UMNO yang mendakwa keanggotaannya didominasi oleh orang Islam namun tidak berjaya menjadikan UMNO beridentitikan agama tersebut.

”UMNO dakwa (ia) parti Islam terbesar di dunia. Tapi sebaliknya (dasar perjuangannya tidak selari dengan Islam).” ujarnya lagi.

Hj. Raden berkata PAS yang berusia lebih 60 tahun sudah dianggap matang dan berpengalaman. Malah ada pemimpinnya yang ditahan ISA, dizalimi, terkorban dan ditukarkan tempat bekerja namun ia tidak mematahkan pendirian bagi memperjuangkan kemuliaan agama.

”Kita (PAS) lalui jatuh bangun. Ada yang syahid, ditahan ISA dan kena tukar seperti Ustaz Atan Gombang ditukar ke Pulau Tinggi.

”Itu mehnah dan tribulasi. Harga sebuah perjuangan memang begitu.” terangnya lagi.

Beliau mengulas mengenai kedudukan Ustaz Atan Gombang sebelum ini merupakan bekas guru agama berpengalaman sepanjang berpuluh tahun mendidik anak bangsa akhirnya ditukarkan hanya didakwa menentang kerajaan UMNO.

Dalam pada itu, Hj. Raden menjelaskan bahawa ujian yang dialami PAS masih ditahap biasa berbanding dengan ujian gerakan Islam dunia seperti HAMAS, Ikhawanul Muslimin dan lain-lain.

”Mehnah (ujian) di Malaysia tak sama berlaku di Palestin, Afghanistan, Mesir. Begitu juga cabaran yang dilalui para sahabat Nabi SAW seperti Bilal. Itu perjuangan.” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada program Hi-Tea Dan Sembang Petang Bersama Selebriti Terkenal Bob Lokman di perkarangan Markas PAS Cawangan Ayer Baloi, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Pontian telah berjaya menarik kehadiran ramai terutamanya golongan anak muda bilamana lebih 200 tetamu memenuhi perkarangan Markas tersebut.

Kategori:Uncategorized Tag:

Sudah Dua Kali Mohon Tapi senyap

Oktober 26, 2011 Tinggalkan komen

PONTIAN- ”Abang saya sudah dua kali buat permohonan baiki jalan tapi senyap sahaja” demikian luahan Mohd. Nizam Yahya, 42 kepada Selatan Online di sini.

Menurutnya lagi, lorong Mohd. Yusof di Pekan Sanglang yang berusia 30 tahun itu dianggapnya sudah terlalu dhaif kerana jalan sepanjang 300 meter itu dilihat banyak yang berlobang.

Hal ini katanya berpunca daripada sistem perparitan yang tidak diurus dengan baik hingga menyebabkan permukaan jalan menjadi lecak dan berlopak apabila hari hujan.

Disamping itu laluan ini turut digunakan lori satu tan mengangkut keluar hasil tanaman dan kenderaan keluar masuk untuk menjalani rutin harian penduduk di situ.

”Memang susah nak keluarkan sawit, nak bergerak hantar anak ke sekolah dan masjid. Kadang-kadang budak kecil naik basikal jatuh kerana langgar lopak, keretapun tersembam selalu.” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Sanglang bersama sepuluh ahlinya turun padang membantu bagi meringankan bebanan penduduk di situ.

Sejumlah dua buah lori 4 tan berisi batu-batu kasar telah disumbangkan bagi kerja-kerja menampal lubang-lubang dibuat secara bergotong royong.

Menurut Ketuanya, Tn. Hj. Abdul Ghani berkata tahun ini sahaja 4 program Kebajikan telah dilakukannya bagi melaksanakan amanah yang dipikul tanpa mengira aliran pemikiran politik kepartian.

Disamping itu, pihaknya berharap dengan sumbangan itu membuka minda masyarakat untuk melakukan perbandingan antara PAS dan UMNO berhubung soal kebajikan.

Hal ini katanya, UMNO selama ini menuduh PAS mencedok ideanya disebalik slogan Negara Berkebajikan terbukti bahawa PAS belum memerintah lagi sudah mampu menyalurkan bantuan ikut kadar yang munasabah.

”Hal ini kita buat dengan harapan rakyat dapat membuat perbandingan antara kedua-dua parti.” jelasnya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

PAS Perjuangkan Akidah. UMNO Perjuangkan FAEDAH? – Bob Lokman

Oktober 26, 2011 Tinggalkan komen

PONTIAN – Perjuangan yang menjadikan imbuhan sebagai matlamat cukup dekat dengan golongan berfahaman perkauman seperti UMNO dakwa Bob Lokman, Bekas Selebriti Terkenal.

Hal ini kerana perjuangan meletakkan kepentingan ALLAH tidak diutamakan sebaliknya hanya mementingkan bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa meskipun caranya tersasar.

Bob Lokman menambah lagi dengan katanya sejak zaman bekas-bekas perdana menteri memperlihatkan banyak slogan yang dicipta lebih kepada menjadikan minda ‘materialistik’ berbanding mencari keredhaan Allah dan mengurangkan beban rakyat.

”Zaman saya cari duit (bekerja), ada PM (Perdana Menteri) paling cerdik. (slogan) Bersih, Cekap dan Amanah, tapi bila kita nak buat Bersih tak boleh. Banyak slogan selepas itu Pak Lah dengan Islam Hadharinya, Najib 1 Malaysia. Harga barang naik, rakyatlah kena. Bila banyak duit kerajaan dulu yang ambil.

”Yang mana satu jadi keutamaan. Kita lahir sebagai Islam tapi tak pernah utamakan Allah.” terangnya lagi.

Menurut beliau lagi PAS walapun menerima pelbagai tekanan terutama bila berjaya menumbangkan BN di Kelantan 21 tahun dahulu namun banyak perubahan telah dilakukan.

Perubahan yang telah dilaksanakan itu katanya telah mendorong banyak pihak meniru cara pemerintahan Islam yang dijalankan oleh PAS.

”Bila Tok Guru (Nik Abd Aziz) mula tadbir (Kelantan). Masukkan duit kat Bank Islam. Tahu-tahu lepas itu semua ada sistem Islamic Bangking.

”Bila tengok orang Kelantan suka gadai gelang emas. Ini salah satu keperluan masyarakat. Lalu wujudkan sistem gadaian ar-Rahnu.” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan pada majlis Ceramah Isu-isu Semasa di perkarangan Bangunan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Pulai Sebatang, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun kesal dengan sikap segelintir pemimpin BN yang cuba berdolak dalih berkenaan isu Hudud.

Keengganan menerima pelaksanaan hukum tersebut telah memberi gambaran bahawa penafsiran dengan pelbagai bentuk penafian adalah terdorong daripada pujukan nafsu.

”(PAS) nak buat (laksanakan) undang-undang yang (jaga) akidah. (tapi) ada kata (hudud) macam kejam, tak boleh buat.

”Inilah manusia, lihat negara ini milik pribadi. Kalau kita fikir secara halus, bumi, langit, semua alam ini milik siapa? Semuanya milik Allah.

”Kalaulah pencuri dipotong tangan. Allah nak balik hak Dia. Tengok. Manusia tafsirkan hukum Allah dengan nafsu mereka. Ini yang berlaku. (Hudud) nampak (dakwaan yang mengatakan) kejam, tapi (pelaksanaan) kukuh akidah. Kenapa kita tak lihat tuntutan Allah itu untuk jamin kesejahteraan dan keadilan?’ soalnya lagi.

Dalam pada itu beliau menjelaskan bahawa tugas memperbetulkan akidah boleh dilaksanakan dengan menyertai PAS.

Hal ini kerana katanya PAS berjuang untuk dapatkan kuasa. Kerana kuasa itu boleh membawa perubahan dengan harapan pegangan umat Islam tidak mudah goyah.

”Masuk PAS nak tengok kelompok laksanakan Islam. Nak cegah mungkar kena ada kuasa. Kita nak betulkan akidah. Dalam UMNO duit banyak tapi (cara memperkukuhkan) akidahnya ke mana?” soalnya lagi.

Kategori:Uncategorized

HUDUD Sama Wajib Dengan Haji. Kenapa Tolak?

Oktober 25, 2011 Tinggalkan komen

PONTIAN – Pelaksanaan undang-undang Hudud sama kedudukannya seperti ibadah Haji yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Namun yang menjadi persoalan adalah tertumpu kepada pendirian UMNO yang masih berdolak-dalik apabila diminta melaksanakannya.

Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut menegaskan dengan katanya apabila tiba musim Haji, ia telah menjadi bual bicara ramai sebaliknya Hudud yang selama ini diperlekehkan tidak pula dipersoalkan kewajipannya.

”Hudud hukum dalam Islam, wajib seperti haji dan solat. Yang dipotong tangan adalah pencuri. (orang) yang tak mencuri dan orang Kafir jangan susah hati kalau tak mencuri.” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau mengingatkan bahawa pelaku maksiat akan menjadi gerun kerana ada pencegahan disebalik pelaksanaan hudud itu dan ia akan membawa rahmat.

”Nak buat maksiatpun takut-gerun. (sebab) Allah campak rasa gerun. Hukum Islam juga beri rahmat seluruh alam bukan setakat PAS saja. Justeru, kita minta negara ini jalankanlah hukum Allah.” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Atan turut menjelaskan tentang dasar perjuangan PAS iaitu Islam mengajak seluruh manusia dengan menolak perjuangan yang berasaskan perkauman kerana ia boleh menyebabkan pengamalnya tidak diredhai Allah.

”Dasar PAS jelas – Islam fasal 3. UMNO fasal 3 juga berfahaman kebangsaan. PAS fasal 7 menyatakan hukum tertinggi al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

”Kita ajak kembali kepada Islam. Masa masih sempat lagi. ” jelasnya lagi yang juga bakal calon PAS Dun Benut.

Beliau sekali lagi mempersoalkan kesungguhan masyarakat dalam melakukan pengamalan biasa begitu cermat sedangkan dalam soal menentukan pemilihan tampok pemerintahan dilakukan dengan sambil lewa.

”Kenapa dalam bab solat, nikah nak jaga? Tapi bab pilih pemimpin tak ada juga. Kita ada bukti pemimpin negara banyak skandal.” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan pada majlis Ceramah Umum anjuran Dewan Pemuda PAS Pontian di Perkarangan Bangunan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr. Hj. Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Kategori:Uncategorized Tag:

Standart Kerajaan Yang Tidak BERINTEGRITI

Oktober 23, 2011 Tinggalkan komen

PONTIAN – Kerajaan UMNO BN dipersoalkan tentang banyak perkara seperti melibatkan kawalan harga barang kerana standart sesebuah kerajaan bergantung kepada bagaimana ia diurus tadbir dengan baik.

Bagi Dr. HJ. Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua PAS Pontian berkata, hal ini cukup ketara bila memperlihatkan harga seekor ayam pada bulan ini ternyata jauh berbeza pada bulan sebelumnya.

”Sedar tak? Harga ayam hari ini RM 8 30. Bulan lepas berapa harga ayam yang kita makan. Lima lebih” ujarnya.

Tambahan pula, jika dahulu katanya mata wang Singapora begitu kecil nilainya berbanding negara ini namun hari ini negara itu jauh dua kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia.

”Kenapa jadi macam ini. Singapora tak ada hasil bumi, pertanian, tak ada modal insan tapi kenapa Singapora. Boleh kekalkan nilai mata wang dua kali ganda berbanding kita.” jelasnya lagi yang juga bakal calon PAS Dun Pulai Sebatang.

Dalam pada itu beliau menjelaskan bahawa bukan setakat rakyat terpaksa menghadapi kesan isu integriti kerajaan BN akan tetapi para pelabur juga tidak akan melabur adalah disebabkan berlakunya banyak penyalahgunaan kuasa yang diamalkan kini.

”Bila penyalahgunaan kuasa berlaku, pelaburpun tak yakin. Kalau tak ada palaburan, mana mungkin dapat bekalkan peluang pekerjaan kepada rakyat.” terangnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada pelancaran Kelab Protes BN (Barang Naik) di Dun Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAS) Zon Benut, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Kategori:Uncategorized Tag: