Arkib

Archive for Mac 2012

TIGA Kerusi Pilihan Salahuddin Di JOHOR

Mac 31, 2012 2 comments

image

SKUDAI – YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS membayangkan kawasan yang menjadi pilihannya untuk bertanding dalam Pilihan raya ke 13 nanti adalah di tiga kerusi sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Katanya lagi, Batu Pahat, Pulai dan Tanjung Piai adalah kawasan yang disebut-sebut kerana ia dianggap dekat dengan nostalgia, pembinaan karier politik serta pendidikannya.

”Insya Allah, saya dah balik ke Johor. Itu keputusan yang saya buat dan sampaikan kepada pucuk pimpinan telah beri lampu hijau. Tunggulah saya buat sidang media khusus di mana kerusi yang bakal bertanding.

”Rasanya (kerusi) Batu Pahat, Pulau dan Tanjung Piai (kerana) kerusi tersebut menarik. Saya tiada masalah kalau pimpinan beri peluang bertanding di kerusi tadi,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Makan Malam Bersama Media di Hotel Gode Hope, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya, Aminolhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya.

Seramai 22 orang wartawan dan juru gambar di pelbagai agensi berita negara ini hadir termasuk wartawan online dan blogger kecuali stesen televisyen RTM dan TV3.

Ketika ditanya mengenai isu bakal menteri besar beliau menganggap bahawa isu tersebut sengaja disensasikan oleh pihak media.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada perbincangan di peringkat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Johor dan pada waktu ini tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya telah diambil sebagai keutamaan daripada membicarakan hal sedemikian.

”Itu bukan matlamat. Atas nama PAS dan PR, kita ada pimpinan yang terbaik untuk rakyat Johor. Dr Mahfodz (Pesuruhjaya PAS Johor) tokoh dikenali, pengalaman akademiknya luas. Dr Chua Jui Meng, bekas menteri dan pimpinan MCA, Dr Boo Cheng Hau, ada kemampuan sebagai ketua pembangkang. Tak boleh dipertikai.

”Atas pentas ini, Hj. Dzulkefly Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya), Cikgu Aminolhuda, Mazlan Aliman, Ustaz Azlisham (Dewan Ulamak), Norhayati Bachok (Dewan Muslimat). Kita (PR) ada kumpulan pimpinan terbaik dan alternatif,” tegas beliau lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Dialog TANAH Dijangka Hangat

image

JOHOR BAHRU – Dialog Masalah Tanah Johor yang dijadualkan akan diadakan petang ini di Hotel Good Hope, Skudai dijangka hangat ekoran banyak permasalahan berkaitan pemilikan tanah yang akan dibongkar oleh kumpulan bermasalah tanah.

Antara isu yang dianggap panas adalah kemelut yang melanda penduduk di tujuh buah Kampung sekitar Tanjung Kapal, Pengerang yang bakal dipindahkan akibat projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (RAPID).

Difahamkan, para penduduk bercadang menyewa sebuah bas untuk ke Skudai sebagai tanda sokongan kepada penganjuran dialog tersebut.

Selain itu, isu SEDC juga memperlihat bagaimana seramai 44 penduduk yang diarah keluar kecewa apabila tanah tapak rumah yang dijanjikan dengan pembinaan rumah baru untuk mereka telah dibina bangunan SPRM dan sebuah pasar raya.

Malah dipercayai, sebelum ini penduduk bersetuju keluar dari Rumah SEDC itu dengan harapan akan dibenarkan kembali menduduki rumah baru seperti janji menteri besar namun telah dibina bangunan lain.

Sementara itu, menurut sumber di pejabat Sekretariat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, selain menyediakan khidmat nasihat daripada perunding hartanah pihaknya turut menyediakan khidmat guaman secara percuma kepada orang ramai.

”Pada perjumpaan itu nanti kami turut menyediakan khidmat guaman dan perunding hartanah secara percuma, dengan itu orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan pemilikan tanah dialu-alukan datang,” ujar Mohd Faizul Mohd Salleh, Timbalan Pengarah 2 PAR Johor dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, sebagai proses seterusnya pihak Sekretariat turut bercadang akan memperhalusi segala aduan dan tindakan susulan akan diambil seperti mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Kategori:Uncategorized Tag:

Bantuan Secara Bulanan Akan Disalurkan

image

PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian akan berusaha mencari dana sebagai bantuan kepada keluarga Pn. Jamilah yang mempunyai anak yang mengidap kanser sejak dua tahun lalu.

Menurut Bendaharinya, Nor Azan Mohmad, pihaknya telahpun melakukan lawatan ke atas Jamilah dan mendapati dia wajar dibantu.

”Anaknya yang bernama Samsi Marni ada ketumbuhan di urat saraf dan menunggu masa untuk melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut dengan harapan Samsi boleh makan sendiri.

”Buat masa ini, Samsi dibantu dengan sebuah mesin bertindak sebagai menyedut kahak dan lendir,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Konvoi Kebajikan DPPK Pontian, di Kampung Sungai Dungun, Pontian Besar, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Turut menyertainya, Prof. Dr Ungku Mohamad Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai sebatang, Razali Limat, Setiausaha Kerja PAS Pontian, Nadrah Iskandar, Jawatankuasa DPPK Pontian.

Sementara itu, Jamilah Ali, seorang ibu tunggal berkata anaknya itu disahkan mengalami masalah kesihatan sejak berumur 18 tahun lagi.

Katanya lagi, kini mata pencariannya hanya mengharap belas ihsan orang ramai kerana tidak mampu bekerja disebabkan terpaksa menguruskan anak kesayangannya itu,

”Mata Samsi Marni kering, tidurpun tak rapat. Tak boleh kena cahaya matahari. Pedih katanya, malah dia susah bernafas,” ujarnya lagi.

Jamilah berkata, dia baru sahaja berpindah rumah di tanah rizab JPS yang terletak di tebing sungai Pontian Besar sejak 3 tahun lalu akibat rumah lamanya telah ditenggelami air dan terlampau uzur.

Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin bolehlah menyalurkan sumbangan kepada Jamilah di akaun GIRO 620418015750 atau terus kepada DPPK Pontian.

”Masa anak saya sihat, dia ada cita-cita. Nak jadi ustazah dan nak ke Mesir. Sekolah agamanya pangkat satu darjah Khas,” ujarnya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

TANAH : Pembentukannya Kerana Ada Keprihatinan Yang Tinggi

JOHOR BAHRU – Sekretariat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor menegaskan bahawa pembentukan Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor  (TANAH) adalah atas dasar keprihatinan dengan nasib rakyat dan peneroka yang kebanyakannya kurang maklumat dan tidak tahu ke mana hendak diadukan masalah.

Menurut  Mohd Faizul Mohd Salleh, Timbalan Pengarah 2 Sekretariat PAR Johor, hampir 1,000 kes tuntutan pemilikan tanah direkodkan di seluruh Johor di mana 600 kes membabitkan isu tanah tertunggak di daerah Johor Bahru.

Tambah beliau lagi, selain berlaku penindasan seperti dinafikan hak memiliki tanah meskipun penerokaan itu dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun namun tiada sebarang pembelaan daripada mana-mana pihak.

Malahan ujarnya lagi, kalaupun pampasan diberikan kepada pemilik tanah yang diambil atas alasan pembangunan tapi nilai pampasan itu tidak setimpal sebagaimana yang sepatutnya.

”Antara permasalahan yang diajukan ialah hak menjadi pemilik dinafikan walaupun tanah telah diteroka sejak berpuluh-puluh tahun dan ada juga tanah milik mereka diambil untuk pembangunan,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media untuk isu Dialog Selamatkan Tanah Rakyat Johor di Kelab Akhbar Cina Selatan, Taman Maju Jaya, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Johor membayangkan bahawa pertemuan Dialog Masalah Tanah yang dijadualkan pada sabtu ini  merupakan peluang kepada semua pihak untuk mengajukan masalah dan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Terkejut Berita Ali Masuk ICU

image

BATU PAHAT – Dewan Pemuda PAS (DPPK) Pontian amat terkejut dengan perkembangan seorang yang berpenyakit misteri Ali dipercayai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Batu Pahat, semalam selepas menjalani pembedahan pada alat sulit 19 Mac lalu.

Menurut Ketua Penerangannya, Noorsaiful Amri A Suloh, pihaknya yang sudah beberapa kali melawat Ali dan agak terkejut dengan perkembangan terkini sedangkan beberapa hari lalu agak sihat dan boleh berbual mesra.

Lelaki yang menetap di Benut itu telah dimasukkan ke ICU kira-kira jam 11 pagi semalam, selepas menghadapi masalah pernafasan, selain tidak sedarkan diri.

Ibn bacoks sebelum ini menyiarkan penderitaan yang dialami Ali selama ini mungkin dapat diringankan apabila DPPK bersedia menyediakan khidmat pengangkutan ke Hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, kakak iparnya, Azizah berkata, dia terkejut dengan perkembangan itu kerana baru mengadakan lawatan dan berbual dengannya pada petang semalam di hospital.

Menurutnya, ketika lawatannya itu, Ali asyik meminta air daripada adik iparnya itu dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan minum.

”Saya dan keluarga akan sentiasa untuk mendoakan supaya dia sedar dan cepat sembuh seperti sebelum ini, kerana dia pernah berkata kepada saya, yang dia rindukan rumah dan rindukan untuk menukang rumah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, sehari selepas itu difahamkan Ali yang menghadapi masalah pernafasan sudah sedar dan boleh bercakap dengan keluarga yang melawatnya.

Kategori:Uncategorized Tag:

TANAH Akan Buat Tuntutan Wakili Rakyat Johor

image

SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan ditubuhkan pada program Dialog Masalah Tanah Johor yang dijadualkan perjumpaan kali pertamanya di Hotel Good Hope sabtu ini dijangka akan merumuskan satu tuntutan secara bersama.

Menurut Pengarah, Sekretariat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, Suhaizan Kaiat yang bertindak selaku penganjur, cadangan daripada tuntutan itu adalah menepati dengan manifesto Pakatan Rakyat (PR) negeri ini yang memberi tumpuan kepada masalah tanah yang dihadapi rakyat hari ini.

”Antara tuntutannya seperti tebus balik tanah rizab Melayu yang telah digadai, mengurangkan karenah birokrasi dalam hal penganugerahan dan pemprosesan, mendesak kerajaan anugerahkan satu keluarga memiliki satu unit tanah atau rumah.

”Selain itu, maksimumkan proses pemberian tanah hanya tiga tahun, diberi hak milik tanah dalam tempoh 6 bulan selepas bayaran premium dan proses pengambil balikan tanah yang disifatkan boleh menguntungkan rakyat,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas program Dialog Masalah Tanah Rakyat Johor yang bakal dihadiri lebih 100 orang peserta yang bermasalah tanah di seluruh Johor.

Suhaizan yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berkata, pihaknya sudahpun menggariskan beberapa kategori yang difikirkan sesuai bagi memudahkan proses perbahasan dalam pertemuan itu nanti.

Tambahnya lagi, masalah yang berkaitan tanah yang  melibatkan isu Setinggan,  Permohonan Tanah Bertindan, Isu Orang Asal, Isu Tanah Felda, Projek Kerajaan Di atas Tanah, Birokrasi Urusan Tanah dan Penipuan Tanah wajar diketengahkan oleh para peserta bagi memudahkan proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

”Banyak isu yang boleh diketengahkan oleh kumpulan rakyat yang bermasalah tanah antaranya di Labis sendiri isu tanah generasi kedua di Felda Cempelak dan Cempelak Barat,” katanya lagi.

Pertemuan yang bakal melakarkan satu sejarah itu dipercayai akan dijadikan sebagai perintis dan pencetus bagi membangkitkan kesedaran serta memperjuangkan hak rakyat Johor yang selama ini sebahagiannya menjadi mangsa kepada ketidakadilan dan terpaksa menghadapi karenah birokrasi yang amat merumitkan.

Kategori:Uncategorized Tag:

DIALOG Masalah TANAH Di Mersing Berjaya

MERSING – Rakyat Johor dilihat sudah memiliki satu kesedaran bagi memperjuangkan hak berkaitan masalah tanah sehingga mengakibatkan satu lagi ledakan berlaku ekoran tertubuhnya Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH) Johor awal minggu lepas.

Rentetan dari itu, satu majlis yang dipanggil Dialog Isu Tanah telah dianjurkan dengan menampilkan Pejuang Tanah Rakyat PAS, Mazlan Aliman di Kampung Tanjung Endau, Mersing, dekat ini, baru-baru ini.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Abd Razak, kehadiran rakyat ke majlis itu begitu memberangsangkan dan mendapat respon yang baik daripada peserta program yang mempunyai masalah status tanah.

Katanya lagi, Mersing yang terletak di timur Johor antara daerah yang paling banyak terdedah dengan masalah tanah. Antara kawasan yang terlibat seperti di Kampung Tanjung Endau, Kampung Jalan Bulang dan Kampung Sungai Padang serta Tanjung Resang.

Selain itu, di Taman Sri Mersing dipercayai yang masih bertaraf TOL turut mengalami masalah yang sama.

“Mereka yang hadir terdiri Wakil Penduduk dari Kaum Wanita turut menyatakan permasalahan mereka. Wakil Penduduk dari Kampung Tanjung Resang turut serta menyatakan permasalahan Isu tanah di Kampung mereka. Isu tanah tapak rumah mereka bakal diambil untuk dijadikan padang Golf.

“Malahan ada sebahagian penduduk terdiri daripada kaum lelaki turut serta bersama dalam prorgam Dialog Isu Tanah di Kampung Tanjung Endau meluahkan bahawa sudah 30 tahun lebih masalah mereka berlarutan. Mereka amat-amat memerlukan pembelaan segera,” ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat khas isu tanah di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor berkata, hasil pertemuan pihaknya dengan kumpulan yang bermasalah tanah itu, maka beberapa orang sebagai wakil kumpulan terbabit akan dihantar ke program Dialog Masalah Tanah peringkat negeri Johor yang dijadualkan akan di adakan di Skudai, sabtu ini.

Kategori:Uncategorized