Utama > Uncategorized > Kawasan Penempatan Orang Asli Terjejas

Kawasan Penempatan Orang Asli Terjejas


JOHOR BAHRU – Masyarakat Orang Asli Seletar Laut di Kampung Sungai Temun, dekat sini mendakwa penempatan mereka terjejas akibat projek-projek pembangunan komersial yang giat dijalankan.

Mereka turut menyatakan pendirian enggan berpindah dan menuntut supaya tanah kampung didiami diwartakan sebagai perkampungan Orang Asli.

Antara perkampungan yang dituntut untuk diwartakan sebagai perkampungan Orang Asli seperti di Teluk Jawa, Kuala Masai, Pasir Putih dan Sungai Tiram sama seperti Kampung Bakar Batu dan Simpang Arang.

Pengerusi Jaringan Masyarakat Orang Asli, Eddy Salim berkata, permintaan berkenaan perlu diambil perhatian kerana mereka sudah menetap di kawasan-kawasan terbabit sejak puluhan tahun lamanya.

”Kami tidak pernah menghalang sebarang pembangunan tapi biarlah ia tidak mengganggu kawasan kampung kami.

”Jika ada pihak mengatakan projek pembangunan memberi manfaat kepada kami, bagi kami ianya tidak benar,” kata beliau lagi dalam satu kenyataannya kepada media.

Beliau turut dilaporkan berkata, akibat daripada projek komersial yang dijalankan, ada masyarakat Orang Asli yang mencari rezeki sebagai nelayan dengan menjadikan pantai sebagai punca rezeki terjejas.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: