Arkib

Archive for April 2012

Nilai Perubahan Di Johor Amat Ketara – Saifuddin

April 30, 2012 Tinggalkan komen

DATUK Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa Johor memiliki nilai perubahan yang ketara kerana sambutan program penerangan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan rakyatnya.

”Sokongan masyarakat meningkat dari hari ke hari, trend secara ketara, sebagai contoh sudah tentu sambutan program penerangan kami.

”Negeri yang berpotensi kami mendapat sokongan lebih besar adalah yang pertama, Johor, kedua Johor, ketiga Johor dan diikuti Melaka, Negeri Sembilan. Ini tidak termasuk negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

”Gelanggang baru kami ialah Johor. Saya tidak menolak dan menghargai setiap jemputan dari Johor. Johor berlaku nilai perubahan ketara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, beliau dilaporkan berkata, selain Johor adalah negeri yang berpotensi dimiliki Pakatan Rakyat pihaknya yakin pembangkang mampu melakarkan kejutan dengan mengambil alih Johor dan menjadi pilihan rakyatnya.

”Sasaran kami adalah meningkatkan suara signifikan secara bilangan kerana sekarang ini kami hanya ada Parlimen Bakri yang diwakili DAP. PKR dan PR memperolehi lonjakan saujana dalam penguasaan kerusi Dun dan Parlimen di Johor. Saya optimis PR boleh mengambil alih Johor dan menjadi pilihan rakyat, kami bersedia,” tegasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:

Peruntukan Bagi Pembinaan Jeti Tidak Sama Nilai?

April 30, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Pembinaan Jeti di Kuala Sungai Benut dekat sini dipersoalkan ke mana baki peruntukan yang didakwa anggarannya sekitar RM80,000 hingga RM130,000 itu namun apabila ingin diukur dari kekuatan struktur binaan malangnya ia hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang yang menerima aduan daripada penduduk sekitar memberitahu sepatutnya jeti tersebut perlu mempunyai banyak tiang berfungsi sebagai penyokong kepada struktur binaan kerana ia kian retak dan condong ke sungai, bukannya hanya beberapa tiang yang sedia ada.

”Jeti itu dah mula retak dan senget nak masuk sungai. Kenapa buat macam itu. Seolah-olah tidak padan dengan nilainya.

”Penduduk mengadu, jeti itu ada beberapa batang untuk menyokong ketahanan jeti yang sepatutnya perlu dibuat banyak tiang. Barulah kukuh jeti tersebut,” ujarnya lagi.

Difahamkan, selain tempat kunjungan awam menikmati persekitaran flora dan fauna di situ ia turut menjadi tumpuan kaki pancing untuk melabuhkan jorannya.

Namun, jeti tersebut hilang daya tarikannya setelah beberapa binaannya retak dan keadaanya yang semakin condong boleh membahayakan keselamatan pengunjung.

Sehubungan itu, Ustaz Atan mendesak pihak berkaitan turun padang menyiasat dan membaikinya segera bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk daripada berlaku.

Kategori:Uncategorized Tag:

Jangan Gentar ! Tuntutan BERSIH Bakal Jadi Kenyataan

April 29, 2012 Tinggalkan komen

image

KUALA LUMPUR – ”Perhimpunan hari ini dengan momentum kebangkitan rakyat. Jangan takut. Mudah-mudahan berkat keyakinan dapat serlahkan hasrat rakyat untuk bersihkan sebarang penyelewengan kepincangan Pilihan raya (PRU) ke 13,” demikian ucapan ringkas Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimah PAS Negeri Johor di hadapan ratusan ribu peserta BERSIH 3.0 di Dataran Maybank, dekat sini, semalam.

Turut berucap, Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Johor serta wakil-wakil daripada NGO mangsa masalah tanah di Johor sekitar jam 11.15 pagi.

Tinjauan turut mendapati, menara Maybank adalah lokasi pilihan bagi penyokong PAS yang beridentitikan TANAH, akronim bagi Gabungan Tanah Rakyat yang turut menyokong perhimpunan BERSIH 3.0.

Susulan daripada itu, organisasi TANAH turut menyeru kepada peserta BERSIH agar bersama mereka pada 5 Mei ini di pekarangan beli belah Plaza Angsana Johor Bahru.

Semalam, perhimpunan BERSIH 3.0 berjaya diadakan dengan menghimpunkan ratusan ribu peserta yang terdiri pelbagai kaum dan agama  walaupun tidak berkesempatan ke Dataran Merdeka seperti jadual asalnya akibat dihalang pihak berkuasa.

Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dilaporkan berkata, semalam adalah hari bersejarah buat penyokong BERSIH 3.0.

”Walaupun kita tidak sampai Dataran Merdeka, kita sudah berjaya. Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia. Semua bangsa datang untuk (menyokong) pilihan raya yang bersih dan adil.

”Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk anak-anak kita dan masa hadapan Malaysia,” ujarnya lagi yang dipetik Sinar Harian.

(10.05 am : Jalan Pudu mula dipenuhi ribuan manusia) 

(5.00 pm : Stesen LRT Bukit Jalil seusai perhimpunan)

 

(2.30 pm : Menara DBKL peserta diarah duduk)

(11.00 am : Jalan Tun Perak, Ribuan mula berarak dengan dikawal Unit Amal)

Kategori:Uncategorized Tag:

Anak Perempuan Menghilang Ke Lombok

April 29, 2012 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Akibat tidak tertahan menanggung rindu kerana anak perempuan yang dua tahun disangka hilang akhirnya Mariam Sarian, 47, mengadu kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya akan mengusahakan maklumat berkaitan prosedur, kaedah dan cara bagi membawa pulang Faizada Aldam, 23, yang dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berusia tujuh bulan.

Katanya lagi, dalam soal yang melibatkan kos pengurusan untuk membawa pulang Faizada bukan penghalang terbesar kerana ia boleh diikhtiarkan.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabat PAR Permas dekat sini, baru-baru ini.

Difahamkan, Faizada yang menghilang sejak 2009, hanya dapat dihubungi pada awal tahun ini setelah mendakwa dia ditahan imegresen dan dihantar ke Indonesia kerana salinan sijil kelahiran yang dimiliki dikatakan palsu.

”Ketika menumpang di Masjid Tanjung Pinang, seorang makcik telah membawanya pulang ke Lombok dan mengahwinkan Ida dengan anak lelakinya,.

”Sembilan anak yang berumur 11 sehingga 25 tahun memiliki sijil kelahiran dan Mykad, tetapi hanya Ida berdepan masalah walaupun sudah tujuh kali berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah.

”Setiap hari Ida hubungi saya dan merayu supaya dibawa pulang.

”Salinan Kelahiran yang dipegang Ida bukan palsu kerana saya mempunyai sijil kelahiran asli, masih menyimpan kad rawatan klinik semasa mengandungkannya,” kata Mariam dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, mana-mana yang berkaitan diminta tampil membantu.

Kategori:Uncategorized Tag:

TANAH Di tengah-tengah Perhimpunan BERSIH 3.0

April 28, 2012 Tinggalkan komen

image

MENARA MAYBANK – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH) menyokong penuh tindakan rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini bagi menyatakan kesungguhan kepada pilihan raya yang adil dan membersihkan sebarang penyelewengan dalam kepincangan PRU nanti.

Ketua Sekretariatnya Suhaizan Kaiat berkata, BERSIH 3.0 mempunyai 8 tuntutan kepada kerajaan malangnya tidak diendahkan oleh mereka.

Dalam pada itu tegasnya lagi, perhimpunan yang diadakan hari ini merupakan kemuncak  bantahan rakyat kepada tindak tanduk kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).

”Justeru, saya menyeru orang ramai supaya dapat berhimpun 5 Mei ini di Plaza Angsana Johor baru bagi menafikan yang Johor ini tiang seri UMNO. Kita kena hancurkan mereka. Jumpa di sana,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkasnya di hadapan ribuan manusia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di pekarangan Bangunan Maybank, dekat sini, sebentar tadi.

Turut berucap, Cg Normala Sudirman, bekas calon Pilihan raya Kecil Dun Tenang, Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Ustaz Nor Azli Musa, bekas Ketua Pemuda Perak, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor serta wakil-waki daripada NGO mangsa masalah tanah di Johor.

Ditulis 12.28 pm di Kuala Lumpur

Kategori:Uncategorized Tag:

USAHA PKR Batu Pahat Berhasil?

April 28, 2012 Tinggalkan komen

image

BATU PAHAT – Keprihatian yang diterjemahkan Syed Hamid Ali, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat dengan mengenengahkan isu tujuh keluarga di Kampung Bukit Kelicap dekat sini berbaloi apabila masalah penduduk yang gagal menikmati bekalan air bersih berjaya menarik perhatian agensi terbabit.

Akhbar sebelum ini melaporkan, satu kata sepakat dicapai antara Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) dengan pemilik tanah untuk membuat kerja pemasangan di situ.

Difahamkan, pada peringkat awal kebenaran sukar diterima daripada pemilik tanah berkenaan setelah berasa bimbang akan berlaku keretakan pada struktur konkrit bangunannya kerana SAJ perlu menanam paip bekalan iar di bawah tanah merentasi kawasan tersebut.

Bagaimanapun, permasalahan berjaya diatasi apabila paip berkenaan dipasang dan dilekatkan di bahagian pagar luar bangunan terbabit terus ke rumah tujuh penduduk berkenaan.

Isu ini mula mendapat perhatian umum setelah pendedahan Syed Hamid dibuat apabila penduduk mendakwa tidak menikmati bekalan air bersih sebagaimana yang tersiar laporannya di blog ibn bacoks sebelum ini.

Lebih menyedihkan lagi, air yang diperolehi penduduk hanyak menggunakan sumber perigi dan mereka turut bersusah payah berjalan sejauh 750 meter bagi mendapatkan bekalan daripada air bukit yang mengalir berdekatan dengan penempatan mereka.

Dalam pada itu, isu air yang dikatakan begitu meruncing di Batu Pahat sekali lagi memperlihatkan kesungguhan Pak Habib dalam menyuarakan isu ini apabila bertindak berani menyerahkan memorandum terbuka isu air kepada PM ketika mengadakan lawatan kerjanya di daerah itu baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Jalan Kampung Sepatutnya Sudah Berturap Di Johor

April 27, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – ”Jalan Kampung di Johor Sepatutnya sudah ditar. Kalau 20 tahun dulu boleh lah (tidak diturap) apatah lagi permohonan sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu,” demikian respon awal Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut apabila diminta mengulas tuntutan jalan berturap oleh Penduduk Kampung Parit Hassan, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, kecewa dengan janji yang diberikan sedangkan hingga kini tiada sebarang usaha dilakukan pihak terbabit menyebabkan penduduk membuat aduan kepada PAR Benut.

Beliau yang juga mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor berkata, Lorong Muhibbah yang mempunyai enam rumah itu dianggarkan sepanjang satu kilometer sahaja.

Lebih menyedihkan, penduduk turut diminta untuk tebang pokok sawit yang mengganggu kerja-kerja penurapan dengan harapan janji yang ditaburkan itu menjadi kenyataan.

Sementara itu, Imam, Milok Woddi, 64, berkata penduduk terpaksa mengumpulkan wang bersama bagi membeli tanah merah dan menyewa lori bagi kerja-kerja penambakan parit.

”Tapi, selepas kami berhabis ribuan ringgit menambak dan mengalihkan parit di kawasan ini, tiada sebarang kerja-kerja penurapan jalan dibuat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Bertindak Isu Jalan Parit Hassan ditubuhkan dan beliau sendiri adalah pengerusinya sebagai langkah membawa perkara ini ke tengah sekaligus membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi selama ini.

Kategori:Uncategorized Tag: