Utama > Uncategorized > SIRAH : Rahsia Pemilihan Semenanjung Tanah Arab Tapak Penyebaran Islam

SIRAH : Rahsia Pemilihan Semenanjung Tanah Arab Tapak Penyebaran Islam


SEBELUM memperkatakan tentang sirah junjungan besar Nabi Muhammad saw, pertama kita mesti mengetahui keistimewaan Arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi dan persekitarannya.

Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Romawi, greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamadun mereka.

Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah Arab sebelum Islam.

Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India.

Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beraneka corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki kahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.

Empera Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya, Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan adat sopan telahpun terpesong dari garis-garis yang bersifat kemanusiaan.

Mengikut apa yang ditegaskan oleh al-Imam Wshahrastani dalam kitabnya yang berjudul al-Milal wal Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan.

Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari karangan mereka yang memang berhaluan demikian.

Kerajaan Romawi pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajah dan bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam dan Mesir.

Ia bergantung penuh kepada kekuatan angkatan tenteranya dan cita-cita penjajahnya yang berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk disesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya.

Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar kacir dari negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.

Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali.

Negara India pula di kala itu menurut Proff Abul Hassan an-Nadawi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang India di permulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemerosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam memerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.

Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa ini ke lembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamadun yang berasaskan kepada mata benda semata-mata. Tamadun ini tidak mengambil contoh-contoh maknawi dan akhlak yang sempurna sebagai landasan dan asas kemajuan.

Tamadun dan kemajuan kebendaan dengan aneka sebab-akibat yang timbuk darinya hanyalah tidak lebih dari satu jalan semata-mata iaitu satu jalan yang tidak dapat memberikan apa-apa erti.

Lantaran ketandusan fikiran yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayati maka tamadun dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke tasik kecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran yang waras dan pertimbangan yang saksama maka tamadun dan kemajuan tadi merupakan jalan-jalan yang indah serta mudah pula menuju ke arah kesenangan dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini tidak akan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.

Bersambung,

Sumber : Feqh Sirah Ramadhan al-Buthi

Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: