Utama > Uncategorized > FEQH MUNAKAHAT : Soal Jawab Nikah Kahwin

FEQH MUNAKAHAT : Soal Jawab Nikah Kahwin


SOALAN 1

Apakah erti nikah?

Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna lughawi, iaitu berkumpul dan berhimpun. Kedua dengan makna syar’i iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan jenis.

Soalan 2

Apakah hukum berkahwin atau bernikah?

Hukum asalnya adalah harus, tetapi boleh berubah mengikut keadaan, iaitu ada kalanya:

– Wajib : bagi mereka yang mampu lahir dan batin serta yang menambah taqwa kemudian menjauhkan diri dari melakukan zina.

– Haram : bagi mereka yang tidak mampu lahir dan batin.

– Sunat : bagi mereka yang mampu lahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya dari melakukan zina.

– Makruh : bagi mereka yang tidak mampu lahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan jenis.

– Harus : bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.

Soalan 3

Bagaimana kalau seseorang itu membujang seumur hidup?

Islam melarang hidup membujang. Sabda Rasulullah saw bermaksud.

”Tidak ada hidup membujang. Mereka yang hidup membujang adalah seperti rahib (hidup bertapa) dan mengharamkan yang halal.

Soalan 4

Bagaimana kalau seseorang itu tidak mampu berkahwin?

Jika tiada kemampuan berkahwin, hendaklah berpuasa. Sabda Rasulullah saw bermaksud,

”Wahai pemuda, barangsiapa yang telah mampu melakukan hubungan kelamin hendaklah berkahwin. Maka sesungguhnya berkahwin menutup pandangan dan memelihara kemaluan dari melakukan zina. Kalau tidak mampu, berpuasalah kerana puasa itu menjadi perisai (penghalang) baginya.

Soalan 5

Bagaimana kiranya seseorang itu ada kemampuan untuk berkahwin tetapi dia tidak mahu berkahwin?

Mereka itu tidak suka kepada sunnah Nabi saw. Sabda Rasulullah saw bermaksud,

”Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepadaNya. Tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; aku juga kahwin dengan perempuan. Barangsia tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikut aku,”

Soalan 6

Apakah hikmah berkahwin?

Berkahwin mempunyai hikmah yang banyak. Di antaranya untuk mententeramkan jiwa, menutup pandangan dari melihat wanita yang bukan mahram, mengikat kasih sayang dan untuk membiakkan ummah.

Soalan 7

Bagaimana memilih isteri?

Memilih isteri hendaklah mengikut apa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw yang bermaksud:

”Kahwinilah wanita itu keran empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat,”

Soalan 8

Apakah yang dimaksudkan dengan wanita beragama. Adakah yang mengetahui cara mendalam dan meluas pengetahuan agamanya?

Yang dimaksudkan dengan wanita yang beragam ialah wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya serta berpegang teguh dengan perintahnya dan melahirkan simpati ajaran agama.

Soalan 9

Bagaimana kalau mereka berkahwin kerana agama?

Mereka yang berkahwin kerana agama akan dikurniakan Allah akan harta (rezeki yang lumayan). Sabda Rasulullah saw bermaksud :

”Seseorang lelaki yang mengahwini wanita kerana agamanya akan dikurniakan oleh Allah akan harta,”

Soalan 10

Bagaimana kalau mereka itu berkahwin semata-mata mengharap harta isterinya?

Mereka yang berkahwin kerana hanya mengharapkan harta isterinya akan menjadikan dirinya papa. Sabda Rasulullah saw bermaksud :

”Mereka yang mengahwini seseorang perempuan kerana hartanya, tidak akan bertambah hartanya, malah menjadikan dirinya papa,”

Soalan 11

Bagaimana pula kalau kahwin kerana kejelitaan dan kecantikan isterinya?

Mereka yang berkahwin kerana semata-mata keturunan tidak akan bertambah kemuliaan dan kehormatannya. Sabda Rasulullah saw bermaksud :

”Mereka yang mengahwini seorang perempuan kerana kebangsawanannya, Allah tidak akan menambahkan kemuliaannya, kecuali kehinaan.

Bersambung…

Sumber : 400 Soal Jawab Nikah Kahwin (Hj Said Hj Ibrahim)

Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: