Utama > Uncategorized > Himpunan Hijau Ke Putrajaya Kini Bermula

Himpunan Hijau Ke Putrajaya Kini Bermula


ALOR SETAR – Himpunan Hijau Ke Putrajaya kini telah dilangsungkan sekarang dengan para pendokong Islam di seluruh negara sedang mendengar Amanat Khas Presiden, Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang, Dewan Dato` Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Simpang 4, Alor Setar Kedah.

Pengumuman derma kilat telah dilancarkan oleh Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden PAS dan pada majlis yang sama Buku Perisai Mujahidah, terbitan  Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Pusat turut dilancarkan oleh Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang.

Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS diberi penghormatan membacakan doa penutup bagi menangguhkan slot amanat khas presiden kira-kira jam 11.45 pagi.

Difahamkan pada XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA bermula Jam 4.30 – 7.00 mlm bertempat di Stadium Darul Aman Kedah.

Manakala LIVE HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA Jumaat Jam 4.30 – 12.00 mlm bertempat di Stadium Darul Aman Kedah bakal disiarkan secara langsung melalui http://www.webtv.pas.org.my.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: