Utama > Uncategorized > Jual Maklumat Rahsia Pertahanan Negara? Satu Laporan Polis Dibuat

Jual Maklumat Rahsia Pertahanan Negara? Satu Laporan Polis Dibuat


image

YONG PENG – Pihak berkuasa digesa menyiasat dakwaan ke atas satu kes yang berkaitan dengan penjualan maklumat rahsia pertahanan negara dan mengambil tindakan ke atas kumpulan yang terlibat dalam penjualan dokumen terbabit.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera ( KERABAT) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Balai Polis Yong Peng, Batu Pahat, semalam.

Presidennya, Mohd Nazari Mokhtar mendakwa pihak yang terlibat ini menerima sejumlah bayaran iaitu sebanyak 36 juta Euro (RM142 juta) kepada sebuah syarikat kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial.

”Pihak kami tergerak untuk membuat laporan ini kerana beranggapan dokumen yang diserahkan kepada syarikat pertahanan Perancis, yang bertajuk ‘penilaian Tentera Laut Malaysia’ terhadap kapal selam kelas scorpene adalah begitu sulit.

”Kami juga beranggapan ia satu perbuatan rakus sesetengah pihak dan kerakusan ini dilihat bertambah jijik apabila melibatkan satu proses ‘jual beli’ maklumat teknikal yang jelas bertentangan dengan Akta Undang-undang Keselamatan Negara.

”Laporan yang kami lakukan hari ini (semalam) adalah sebagai permulaan bagi pihak kami dan esok (hari ini), seluruh ahli KERABAT di setiap negeri akan membuat laporan polis seperti ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nazari turut menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan kadar segera untuk menyiasat tahap penglibatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), penjawat awam dan pimpinan tertinggi politik yang bertanggungjawab menjuak dokumen berkenaan.

Malah perbuatan sedemikian katanya adalah dalang pengkhianatan kedaulatan negara melalui penjualan maklumat rahsia pertahanan negara dengan menyalurkan kepada agensi luar negara, dan ia mampu menjejaskan keselamatan dan juga kedaulatan negara serta mampu mencemarkannya.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: