Utama > Uncategorized > KISAH : Menyingsingnya Fajar Islam

KISAH : Menyingsingnya Fajar Islam


”WAHAI manusia! Allah telah memerintahkan kepadamu supaya menyembahNya dan janganlah kamu menyengutukan Dia dengan sesuatu apa pun,” – Demikian Nabi Muhammad saw menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah.

Baginda berkeliling mengunjungi rumah mereka berdakwah secara terang-terang setelah datang perintah dari Allah untuk berbuat demikian. Tindakan Baginda telah menggoncangkan kaum-kaum musyrikin sehingga apabila Rasulullah saw mendatangi rumah-rumah orang Mekah maka Abu Labah akan mengiringinya dari belakang.

”Wahai manusia ! Dia ini menyuruh kamu meninggalkan agama nenek moyangmu,” demikian pula hasutan Abu Lahab yang menggerakkan orang ramai supaya menghalang Nabi saw daripada menyampaikan dakwahnya.

Pemuda quraisy berusaha dengan kekasarannya untuk membantutkan fajar Islam yang telah mula menyinar itu. Segala macam usaha dilakukan dari fitnah dan tuduhan-tuduhan liar seperti kena sihir, gila dan mengancam menginjak-injak tengkok Nabi sehinggalah mereka merancang hendak membunuh baginda saw.

”Ajaklah mereka kepada : La ilaha illal Lah,” demikian Jibrail as menekankan kepada Nabi saw sehingga tidak seorang manusiapun baginda takuti.

Di tengah-tengah kekalutan ancaman quraisy itu, Nabi saw dapat membawa beberapa orang memeluk Islam. Abu Bakar adalah diantaranya bila beliau melihat hamba-hamba yang diseksa segeralah dia menebus dan memerdekakannya seperti Bilal dan Amir bin Fuhairah.

”Assalamulaikum Ya Rasulullah,” salam-salam yang diucapkan oleh batu, kayu dan tanah kepada Nabi saw sebagai mukjizat. Ke mana juga baginda pergi, maka Nabi akan menemui makhluk (alam benda) ini mengucapkan salam iaitu di saat ramai yang memusuhi baginda saw atas usaha Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lainnya.

Di tengah-tengah kegelapan Jahiliyyah ini, kini muncul cahaya Islam dan ia dinikmati oleh sebilangan orang yang sihat mata hatinya atau orang-orang yang tidak buta hati. Fajar Islam telah mula menyingsing.

Padza suatu ketika bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Tolib melihat baginda dengan Ali sedang solat (zaman sebelum Israk), beliau merasa hairan kerana perbauatannya berlainan dengan apa yang lazim pada masyarakat Mekah waktu itu.

”Wahai Muhammad, agama apakah yang engkau anuti itu?” tanya Abu Tolib kepada anak saudarany.

”Wahai bapa saudaraku, inilah agama (yang diturunkan) Allah, agama Malaikat dan Rasul-rasulNya dan agama nenek kita Ibrahim as. Allah telah mengutuskan anakdanya menjadi Nabi kepada hamba-hambaNya,”

Wahai bapa saudaraku, engkau adalah orang yang paling berhak menerima nasihatku. Aku mengajak kepada petunjuk Allah, paling berhak pula memperkenankan dakwahku dan menolong aku,”

Demikian dialog Nabi saw menjawab pertanyaan beliau dengan harapan semoga dia menerima dengan baik.

”Wahai Muhammad ! Demi Allah, aku tidak sanggup meninggalkan agama nenek moyangku dan ajaran-ajarannya. Tetapi demi Allah, selama aku hidup, tidak akan sampai kepada engkau apa yang engkau tidak ingini,” – Abu Tolib menjawab dengan penuh ketegangan rasa hati yang menolak.

Dengan sikap dan jawapan bapa saudaranya itu, sudah tentu menjadi penawar yang memusuhinya dengan keras. Apatah lagi Ali sebagai anak muda yang dapat pula dorongan daripada ayahnya. Kepadanya Abu Tolib berpesan supaya sering mendampingi Nabi saw walaupun beliau sendiri belum terbuka hati mengikutinya.

”Ikutilah di (Muhammad) selalu selama dia mengajak kamu kepada yang baik,” demikian kata anjuran Abu Tolib kepada anaknya Ali.

Dorongan itu sungguh mengembirakan Ali dan Nabi saw sendiri dan baginda berdoa semoga Abu Talib sendiri dapat menganut Islam bersama mereka.

Fajat Islam sudah menyingsing di Kota Mekah dan ini amat mengejutkan Jahiliyyah yang dalam kegelapan itu. Makin hari sinarnya makin bertambah naik menerangkan kehidupan insani. Dalam perjuangan yang penuh cabaran itu, Nabi saw mengisi kehidupannya sebagai seorang Rasulullah dan meninggalkan contoh tauladan bagi umat-umat yang kemudian.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: