Utama > Uncategorized > KISAH : Suatu Keajaiban

KISAH : Suatu Keajaiban


KOTA Mekah sedang dilitupi malam. Malam yang pekat sehingga sukar melihat orang berjalan amat terasa akan kesunyiannya.

Sayup-sayup kedengaran pada malam itu suara Nabi saw memecah kesunyian dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah baginda. Di luar rumah baginda seolah-olah ada bayang-bayang manusia sedang mengintip.

Ketegangan pada masyarakat Mekah dirasai sejak Nabi saw keluar berdakwah di siang hari mengajak mereka kepada jalan yang benar. Tetapi tentangan kian bertambah hebat, namun Nabi berpantang undur dan ini menggugat ketenangan hati orang-orang besar dan ternama quraisy, malahan juga sebilangan pengikut Nabi saw.

Orang-orang Quraisy kini telah memikirkan satu rencana penentangan kepada Muhammad pada siang hari. Manakala orang-orang Islam menebalkan keimanan di dalam hati mereka agar tidak akan lemah menghadapi tekanan-tekanan musuh Islam itu.

Pada masa itu, ketika Nabi saw membaca al-Quran di luar rumah baginda terdapat tiga bayangan manusia iaitu orang-orang ternama Quraisy yang datang dari arah yang berlainan.

Masing-masing memikirkan baginda bersendirian tanpa ada siapa yang melihat. Sebenarnya mereka ingin mengetahui apakah yang dikerjakan oleh Nabi saw di tengah malam itu.

Ketiga-tiga mereka ialah Abu Jalah, Sufyan bin Harb dan Akhbas bin Syarik.

Suara Nabi Muhammad saw yang berkumandang membaca ayat suci al-Quran itu telah mempersonakan mereka, meresap menusuk mempengaruhi jiwa masing-masing tanpa disedari telah menitiskan air mata, terlupa dirinya sebagai tokoh musyrik yang selalu menentang Nabi.

Setelah tersedar daripada terpesona itu barulah disedari air mata yang membasahi pipi. Namun antara mereka bertiga masih tidak menyedari bahawa baginda tidak berkeseorangan hanya kepekatan malam yang gelap itu yang memisahkan mereka bertiga. Setelah mengusap air mata, mereka pun berlalu ke arah datangnya dahulu dengan senyap-senyap agar tidak ada orang lain tahu.

Tanpa diduga, mereka bertiga bertemu, tidak seorangpun membuka bicara, mungkin kerana takut didengari orang lain. Tetapi dalam hati masing-masing sudah meneka akan apa yang telah dilakukan kawannya.

”Engkau mendengar ayat-ayat Quran yang dibaca Muhammad ketika bersolat sepanjang malam sampai terbit fajar?”

”Bukankah itu yang berlaku?” demikian Abu Jahal bertanya.

”Benar, aku kira engkau juga demikian,” jawab Sufyan bin Harb.

Abu Jahal tidak menjawab, diam, tetapi wajahnya segera berubah kerana kata-kata Akhnas.

”Kita membohongi diri sendiri dan menyalahi akal. Sesungguhnya, ayat-ayat yang kita sama-sama dengar dari Muhammad itu memang indah sekali. Aku terpesona oleh isinya,” demikian kata Akhnas.

Melihat Abu Jahal yang berubah mukanya, Akhnas tidak berkata-kata lagi khuatir akan menyebabkan ketegangan.

Akhirnya, masing-masing mencela sikap yang lain kerana mahu mendengar Muhammad membaca Quran. Bagaimana nanti jika masyarakat Mekah mengetahui perbuatan mereka? Sudah tentu mereka akan diejek dan dihinalah martabat mereka di mata umum. Siang hari mencela Muhammad tetapi malam hari mendengar bacaan Muhammad.

”Jangan diulangi lagi perbuatan ini, kelak boleh menimbulkan pandangan yang salah,” demikian mereka bertiga berjanji. Mereka pun berpisah.

Bila malam menjelang lagi, ketiga kenamaan quraisy itu tanpa mengingati janji yang telah dibuat mereka malam sebelumnya, telah keluar menuju ke rumah Nabi saw. Satu sama lain mengirakan hanya dia saja yang melakukan, yang lain tidak.

Tetapi alangkah terkejutnya mereka ketika dalam perjalanan pulang, mereka bertemu lagi di jalan. Bacaan Muhammad yang pertama kali mereka mendengar telah menarik hati mereka untuk mendengarnya lagi. Maka mereka sekali lagi mengutuk antara satu sama lain di atas perbuatannya dan mereka bertiga berjanji lagi tidak akan membuat pengintipan itu dan melanggar janji.

Apabila malam menjelang lagi, Abu Jahal, Sufyan dan Akhnas seolah-olah tidak mahu tahu bahawa ada janji-janji yang patut dipatuhi. Dengan kehendak Allah, pada malam yang ketiga ini setelah mendengar bacaan Nabi saw, mereka bertemu lagi. Dalam perjumpaan kali ini mereka berjanji sesungguhnya tidak akan mengulanginya bagi mengelak dari sampai diketahui oleh masyarakat mereka.

Pada kali ini mereka benar-benar mematuhi perjanjian itu. Pada satu hari Akhnas dengan bertongkat berjalan menuju ke rumah Abu Sufyan kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan pendapat dan rasa hati masing-masing setelah mendengar ayat-ayat Quran yang di baca Muhammad.

”Wahai Abu Hanzalah! (gelaran Abu Sufyan) , cuba katakan kepada hamba akan pendapat engkau tentang apa yang kita dengar dari ayat-ayat yang dibaca Muhammad,” tanya Akhnas.

”Wahai Abu Tsalabah (gelaran Akhnas), demi Allah, sesungguhnya aku mendengar apa-apa yang aku ketahui dan aku tahu maksudnya. Tetapi aku dengar pula yang aku tidak mengetahui makna dan isinya,” jawab Abu Sufyan.

”Demi Allah, aku juga begitu,” jawab akhnas pula.

Setelah mengetahui pendapat Abu sufyan, dia segera kembali dan pergi pula ke rumah Abu Jahal bagi mengetahui pendapatnya.

”Wahai Abu Hakam (gelaran Abu Jahal), apa pendapat engkau tentang apa yang dibaca Muhammad,” pertanyaan Akhnas.

Abu Jahal tidak segera menjawab. Beliau berdiam sejenak berfikir kerana beliau tidak ingin menyatakan isi hatinya.

”Apa yang aku dengar?”

”Kita selalu berlumba-lumba hidup dengan keluarga Bani Abdul Manaf (nenek moyang Nabi saw) dalam mencari kemuliaan. Mereka memberi fakir miskin makan, kitapun sama. Mereka memikul beban masyarakat, kitapun sama. Mereka memberi, kita juga memberi sehingga bila berdepan dengan kenderaan berkuda yang berjalan pantas, mereka berkata : Dari golongan kami ada Nabi yang mendapat wahyu dari langit, maka bila kita dapat menandinginya,”

Abu Jahal diam tanpa memberi apa-apa ulasan di atas kata-katanya itu. Akhnas pun dapat merasakan bagaimana besar rasa kedengkian di dalam jiwa Abu Jahal. Dalam kata-kata itu sudah terkandung isi hatinya. Membenci kebenaran yang dibawa Muhammad kerana sifat nafsu keangkuhan pada dirinya.

”Demi Allah, kita tidak akan membenarkan dan mempercayai Muhammad itu!” demikian Abu Jahal mengakhiri katanya.

Akhnas pun berlalu meninggalkan Abu Jahal yang tenggelam dalam nafsu hasad dengki. Dalam perjalanan pulang itu, Akhnas berbisik dalam hatinya,

Bila semua kita beriman kepada Muhammad, nescaya Tuhannya yang menurunkan Kitab, akan menolongnya dalam menghadapi kita. Beliau akan tetap menang pada akhirnya.

Demikian kisah yang terjadi, keajaiban yang berlaku oleh kekuasaan Allah jua dan Muhammad sebagai Rasul Allah mereka musujhi dan yang pasti Allah akan tetap menolong Muhammad sehingga mencapai kejayaan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: