Utama > Uncategorized > SIRAH : Nabi Muhammad saw Nabi Terakhir

SIRAH : Nabi Muhammad saw Nabi Terakhir


NABI Muhammad saw ialah Nabi yang terakhir dan tiada Nabi selepasnya. Ini adalah kata sebulat suara umat Islam (ijmak). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti dipercayai. (akidah)

Sepotong hadis dengan maksudnya :

”Aku dan Para Anbiyak sebelum ku ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang lelaki. Lalu dia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi.

Pertautan dan hubungkait dakwah Nabi dengan dakwah para Anbiyak terdahulu adalah bertujuan memperkuatkan dan memperkemas atau sebagai kesimpulan dan penutupan, sepertimana yang dapat difahamkan dari hadis yang tersebut di atas.

Ini tegas sekali bila melihat di mana dakwah para Anbiyak seluruhnya bersendikan dua asas yang penting.

1) Akidah Kepercayaan.
2) Perundangan dan akhlak.

Dari segi akidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam as hinggalah zaman Nabi Muhammad saw, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada Allah yang Esa.

Mensucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab amalan manusia, syurga dan neraka. Tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan tersebut dan tiap Nabi juga menyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh Nabi yang terdahulu darinya.

Rangkaian pengutusan para Anbiyak sekeliannya menunjukkan kepada kita yang Nabi-nabi semuanya diutus supaya menyeru manusia ke arah keimanan dengan Allah seperti yang dinyatakan dalam al-quran yang bermaksud :

”Diturunkan kepada kamu sekelian agama sepertimana yang diutuskan kepada Nuh dan yang diwahyu kepada seperti juga yang diutuskan kepada Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu menegakkan agama dan jangan berpecah-belah kerananya,”

Malah langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para Anbiyak itu akan berlainan diantara satu sama lain mengenai soal akidah, sebab soal akidah adalah soal berita dan perkhabaran dan tidak akan berlainan perkhabaran dan berita dari seseorang itu sekiranya perkara itu benar.

Tidak diterima oleh akal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi mengatakan Allah itu tiga-Maha suci Allah, kemudian diutuskan seorang Nabi lain mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua perkhabaran itu kemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku.

Ini bersangkut dengan akidah, bersangkut dengan tasyri’ (perundangan). Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan sesebuah masyarakat. Peribadi manusia adalah berbeza kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seorang Nabi itu, sebab tasyrik itu bukanlah semata-mata bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang sempurna.

Sudah barang pasti di mana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan sebab timbulnya undang-undang itu adalah demi muslihat dan kepentingan serta faedah manusia untuk dunia dan akhirat.

Pengutusan para nabi yang terdahulu adalah semata-mata untuk kaum itu sahaja. Tidak merupakan pengutusan yang menyeluruh. Justeru itu maka implikasinya terhadap perundangan tasyrik adalah nyata sekali. Umpamanya pengutusan Musa as kepada Bani Israel adalah untuk bangsa dan zaman itu saja. Dikatakan undang-undang yang diturunkan untuk Bani Israel itu sesuai untuknya kerana undang-undang itu nyata keras dan memang sesuai dengan bangsa yang bersifat keras kepala.

Apa yang dibawa oleh Nabi Isa as pula adalah sederhana sedikit dari apa yang di bawa oleh Nabi Musa as. Perkara ini nyata sekali kalau diperhatikan apa yang ditegaskan oleh Allah swt dengan firmanNya yang bermaksud :

”Membenarkan apa yang di hadapanku iaitu Kitab al-Taurat dan menghalalkan separuh dari apa yang diharamkan ke atas kamu dahulu,” (ali-Imran 3:50)

Apa yang dibawa oleh Nabi Isa adalah membenarkan dan menegaskan apa yang dibawa oleh Taurat mengenai soal akidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut dengan hukum tasyri’ ada sedikit perubahan iaitu kelonggaran dari yang dahulu.

Kesimpulan yang dapat kita ambil dari sini ialah tiap pengutusan itu mengandungi akidah dan tasyri’.

Kepercayaan dan akidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu fungsinya menguat dan menyokong akidah Anbiyak yang terdahulu. Sedangkan syariat pula fungsinya membatalkan dan memansuhkan syariat para Anbiyak dahulu dan kadangkala ianya menokong yang lama.

Justeru itu maka tiada agama dan akidah Ilahi berbilang-bilang dan beraneka corak tetapi sebaliknya terdapat berbagai syariat Ilahi yang kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baru membatalkan yang lamam hinggalah sampai kepada syariat yang terakhir yang disudahi dengan Nabi yang terakhir.

Akidah dan agama yang benar itu satu. Tiap Nabi dan Rasul yang diutuskan mulai dari Adam as hingga ke Nabi Muhammad saw semuanya menyeru manusia kepada agama yang satu iaitu Islam. Lantaran Islam maka diutuskan Ibrahim, Ismail dan Yaakub as sepertimana firmanNya yang bermaksud :

”Sesiapa yang enggan dengan agama Ibrahim kecuali manusia yang memperbodohkan diri sendiri. Kami telah pilihnya di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia adalah dari golongan salih. Ketika Allah menyerunya supaya beriman (menyerah diri kepada Allah) jawabnya, telahpun aku serahkan diriku kepada Allah Tuhan sekelian alam dan Ibrahim telah meewasiatkan kepada anak-anaknya, sesungguhnya Allah telah memberi untukmu agama dan jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu adalah orang Islam,” (al-Baqorah 2:130-132)

Dengan akidah inilah juga Allah mengutuskan Nabi Musa as kepada keturunan Israel di mana Allah telah menceritakan tentang ahli Firaun yang telah beriman dengan Nabi Musa.

FirmanNya yang bermaksud :

”Ahli-ahli sihir itu menjawab, sesungguhnya kepada Tuhanlah kami kembali. Dan Kamu tidak membalas dendam dengan menyeksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri kepadaMu,” (al-Araf, 7:125-126)

Dengan akidah ini jugalah Tuhan mengutuskan Isa as di mana Tuhan telah menceritakan tentang kaumnya yang telah beriman dengan ajaran yang dibawanya.

FirmanNya lagi yang bermaksud :

”Para Hawariyun (sahabat-sahabat yang setia) menjawab, kami penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menyerah diri,” (Ali imran 3:52)

Mungkin ditimbulkan pertanyaan. Kenapakah mereka mengaku sebagai pengikut Nabi Musa mempunyai akidah tersendiri tidak kena mengena dengan akidah keesaan yang dibawa oleh para Anbiyak? Dan mengapakah mereka yang mengaku sebagai oengikut Nabi Isa menganuti suatu akidah yang tersendiri? Sebagai jawapannya, kita sarankan dalim al-quran yang bermaksud :

”Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang diberi al-Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian di antara mereka,” (ali-Imran 19)

Dan tegas Tuhan lagi dalam surah as-Syura yang berbunyi dengan maksudnya,

”Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepadamu,” (As-Syura 42:13)

FirmanNya lagi yang bermaksud :

”Dan mereka (ahli kitab) tidak berpecah-pecah ibimelainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian antara mereka. Kalau tidak kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunyya (untuk menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka al-Kitab (Taurat dan injil) sesudah mereka benar-benar berada dalam keraguan yang mengejutkan tentang kitab itu,” (al’Syura 42:14)

Para Anbiyak diutuskan bersama-sama mereka yang Islam, agama yang diakui oleh Allah. Ahli Kitab mengetahui bahawa gama itu satu dan diutuskan para nabi untuk memberi sokongan kepada nabi yang terdahulu.

Sumber : Feqh Sirah Ramadhan Al-Buthi

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: