Utama > Uncategorized > FEQH MUNAKAHAT : Walimatul ‘Arus

FEQH MUNAKAHAT : Walimatul ‘Arus


SOALAN : Biasanya di mana-mana saja di negara ini, pada hari perkahwinan mengadakan jamuan. Adakah jamuan ini merupakan perkara biasa atau memang disuruh oleh Islam?

Mengadakan jamuan dikenali sebagai istilah feqh walimatul ‘arus bukan merupakan satu perkara biasa. Akan tetapi satu perbuatan yang disuruh dan sunat dilakukan.

Sabda Nabi saw yang bermaksud :

”Berwalimah engkau walaupun dengan seekor kambing,”

Soalan : Bagaimana pula hukumnya orang yang menghadiri majlis tersebut?

Menghadiri walimatu ‘arus hukumnya adalah wajib. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

”Apabila kamu diundang menghadiri walimah, maka hendaklah kamu datang,” riwayat Bukhari dan Muslim

Soalan : Bilakah masa yang sepatutnya diadakan walimah ?

Walinah itu bolehlah diadakan pada waktu akad nikah, atau selepasnya atau setelah kedua suami isteri itu bercampur. Masalah ini terserlah menurut adat setempat.. Menurut riwayat bahawa Nabi mengundang sahabat-sahabat untuk walimah pada waktu baginda kahwin dengan Zainab setelah baginda mencampurinya.

Soalan : Apakah syarat-syarat wajib menghadiri walimah?

Diantara syarat wajib menghadirinya ialah dalam majlis itu tidak terdapat perkara-perkara yang haram dan mungkar seperti minuman yang memabukkan, tidak sakit, tidak hujan, dan tidak didahului oleh undangan yang lain. Bila ada undangan yang lain lebih dahulu, maka yang lebih dahulu itulah yang lebih berhak dihadiri.

Soalan : Bagaimana kalau walimah itu mengundang orang yang kaya saja, sedangkan yang miskin ditinggalkan?

Walimah hanya dengan mengundang orang-orang yang kaya saja dan meninggalkan yang miskin maka walimah seperti ini tidak harus dihadiri dan jaminan yang diadakan itu adalah sejahat-jahat jamuan. Sabda Nabi saw bermaksud :

”Seburuk-buruk jamuan ialah jamuan walimah mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang fakir,” riwayat Bukhari dan Muslim

Soalan : Apakah hikmahnya diadakan walimah?

Hikmahnya ialah memberitahu kepada orang ramai adanya perkahwinan dan menandakan kegembiraan untuk menyambut kedua mempelai.

Soalan : Bagaimana pandangan Islam orang yang mengadakan walimah dengan berbangga-bangga dan berlebih-lebihan?

Mereka yang mengadakan walimah seperti itu adalah bercanggah dengan kehendak Islam. Islam tidak menyuruh berbuat demikian apatah lagi kalau walimah itu diadakan dengan perbelanjaan yang luar dari kemampuan yang menyebabkan berhutang dan bergadai, maka perbuatan ini adalah haram.

Firman Allah yang bermaksud :

”Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, Baqorah : 286

Sumber : Buku soal jawab nikah kahwin

Advertisements
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: