Utama > Uncategorized > KISAH : Suasana Negara Islam

KISAH : Suasana Negara Islam


NABI MUHAMMAD SAW telah sampai ke Madinah pada hari Jumaat 16 Rabiul Awal atau bersamaan 20 September 622 Masihi. Pada hari itu juga Nabi saw telah mengeluarkan satu pernyataan bagi menyusun masyarakat dan negara Islam iaitu langkah baru dalam gerakan Islam.

Mua’hadah atau Sohifah atau Bayyinah iaitu satu pernyataan politik yang bersejarah dalam suasana Madinah bergembira menyambut kedatangan Nabi.

Di dalam kata-kata yang mengandungi kira-kira 700 lebih perkataan dimulakan dengan ‘Bismillahi Rahmanir Rahim’ ‘Haza Kitabun min Muhammad Annabi’ disudahi dengan Muhamad Rasul Allah.

Antara kandungannya menyatakan persatuan umat yang kukuh. Dirapatkan hati di antara Muhajirin (dari Mekah) dengan Ansar (dari Madinah) dan golongan Yahudi sehingga dapat sama-sama memikul tanggungjawab. Segala sesuatu yang menimbulkan perselisihan dikembalikan kepada Nabi dan masing-masing diberikan kebebasan menjalankan ajaran agamanya.

Sama ada Muslimin ataupun Yahudi. Bila ada gangguan keamanan mereka akan bersama-sama menghadapinya. Madinah sebagai ibu kota merupakan tempat tinggal bagi sesiapa jua, kecuali bagi orang zalim dan berbuat dosa.

Inilah yang disebut : Mua’hadah iaitu suatu perjanjian atau Sohifah yang dikeluarkan pada hari jumaat, hari pertama baginda di Yatsrib yang ditukar nama kepada Madinah kemudiannya. Maka bermulalah satu fasa baru dalam perjuangan Islam – Fasa Madinah.

Hari itu Nabi melakukan solat jumaat di tempat Salim bin Auf dan telah memberikan khutbah singkat.

Nabi menetap di rumah Abu Ayub Ansari sejak sampai Madinah selama tujuh bulan. Setelah kira-kira lima bulan berlalu baginda telah melakukan mu’akhah atau ukhuwwah Islamiyah iaitu mempersaudarakan sahabat-sahabat yang datang dari Mekah dengan mereka yang menyambut di Madinah. Nama Aus dan Khazraj disatukan dalam istilah bersatu dan bersaudara dalam Islam.

Disamping itu baginda dan sekelian sahabat telah bekerja keras membangunkan masjid dengan bentuk yang sederhana sekali. Sambil mereka bersajak :

‘Jika kita duduk saja, sedang Nabi bekerja, beertilah itu amal yang tidak diberi taufiq’

Mereka bersyair sambil bekerja sehingga gemuruh suara mereka dan membina masjid Allah itu untuk amal suci dengan penuh gembira.

Seorang yang bernama Tamim Addari dari Syam telah membuat lampu-lampu bagi menerangi masjid di waktu malam. Nabi telah menyebut amal soleh Tamim itu sebagai :

”Engkau terangi (dengan lampu) masjid ini, nescaya Allah nanti akan menerangi engkau pula”

Begitulah mereka bekerja dengan penuh ikhlas dan semuanya bergembira dapat bersolat.

Peralihan udara yang kebiasaan bagi mereka di Mekah dengan udara baru di Madinah telah menyebabkan beberapa orang Muhajirin mengalami sakit diantara yang mengalami sakit berat ialah Abu Bakar, Bilal dan lain-lain.

Nabi saw telah berdoa bagi mengatasi gangguan itu :

”Ya Allah, cintalah kepada kami Madinah sebagaimana Mekah, malah lebih lagi hendaknya,”

Berkat doa baginda, alhamdulillah mereka berhasil sembuh dengan kesembuhan yang menyegarkan.

Selama tinggal di rumah Abu Ayub, keluarga itu berupaya dengar benar-benar menyelenggarakan keperluan Nabi dan Abu Bakar sehari-hari. Jika ada lebihan dari makanan yang disediakan buat Nabi berdua, maka mereka berdua memakannya pula dalam piring itu juga. Demikianlah cinta mereka dan harapan berkah.

”Wahai Rasulullah, engkau kembalikan makanan tanpa kelihatan bekas tangan kau dalam makanan, kenapa?” kata Abu Ayub pada suatu hari sewaktu menyediakan makanan Nabi dan makanan malam itu tidak dimakan oleh baginda.

”Aku temui makana yang mendatangkan bau, sedangkan aku banyak berbicara dengan orang. Engkau makanlah makanan itu,” jawab Nabi.

Demikianlah menunjukkan betapa berhati-hati baginda dan menjauhi makanan yang menimbulkan bau pada mulut. Baginda perlu mengelakkan sebarang aib khususnya ketika berbicara dengan ramai orang, lebih-lebih lagi baginda baru memulai membina masyarakat dan negara dan pergaulan yang sedang dipupuk dengan baik.

Sungguhpun perkara ini kecil tetapi mempunyai pengaruh besar dalam pembinaan hidup. Dari diri baginda seharusnya lagir contoh-contoh yang baik dalam makan dan minum, berkata, berjalan dan sebagainya. Abu Ayub dan isteri tidak berasa kecil hati tetapi memuji-muji akan betapa mulianya sebagai Rasul Allah.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: