Utama > Uncategorized > KISAH : Masjid dan Pasar

KISAH : Masjid dan Pasar


SEBELUM Nabi saw berhijrah ke Madinah keadaan ekonomi dan kewangan di kota itu dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Mereka mendapat kesempatan yang luas dan pengaruhnya sangat mencengkam penduduk asli Madinah yang kebanyakan menjadi buruh kepada perusahaan golongan Yahudi.

Kedatangan Nabi saw dan para sahabat dari Mekah yang dikenali sebagai Muhajirin, ramai darinya terdiri dari mereka yang mempunyai keahlian dalam berniaga. Sewaktu golongan Muhajirin sampai di Madinah mereka dapat merasakan cengkaman pengaruh Yahudi dan ekonomi dan kewangan. Pasar-pasar di Madinah dikuasai mereka dan juga sumber-sumber ekonomi lainnya.

Nabi saw memahami keadaan itu dan kerananya kaum Muslimin mendirikan pasar sendiri. Beberapa tokoh dan ahli perniagaan Islam memainkan peranan memajukan dan menandingi pasar Yahudi. Mereka itu seperti Osman bin Affan, Abdul Rahman Auf dan lain-lain tampil mengatur perdagangan dan ekonomi Islam.

Nabi sering memperhatikan suasana di pasar dan di masjid baginda mengajar cara dan peraturan Islam berdagang sesuai dengan petunjuk Allah. Peniaga Islam kemudiannya mempraktikkan di dalam pasar dan masyarakat.

Suatu hari baginda berjalan-jalan di pasar dan telah melihat setumpuk makanan yang dijual tetapi terdapat ada yang kurang baik di dalamnya. Nabipun menjamah makanan itu dengan tangannya dan memang ternyata ada penipuan.

”Kenapa begini wahai empunya makanan?” tanya Nabi.

”Ya Rasulullah, makanan ini basah terkena air,” jawab pedagang itu.

”Kenapa yang basah tidak engkau letakkan di atas agar dapat dilihat oleh pembeli?” kata Nabi lagi.

”Barangsiapa yang menipu (dalam berdagang) maka dia bukanlah dari golongan kami,” demikian Nabi memberikan petunjuk kepada pedagang itu.

Nabi terus membimbing mereka berdagang secara Islam agar jauh dari tipu daya dan diperingatkan selalu supaya jangan sampai menimbun barang-barang bagi menyembunyikannya kerana itu menyengsarakan orang ramai.

Disamping itu baginda mengembirakan para pedagang yang memenuhi tuntutan berdagang tanpa menipu dan menyebabkan kesusahan orang ramai.

”Saudagar yang benar akan mendapat naungan Allah di hari kiamat kelak,” kata Nabi.

Begitulah ajaran Islam yang dicontohi baginda. Di masjid diberikan didikan tatatertib untuk setiap individu manakala di pasar pun demikian juga. Di antara masjid dan pasar sama-sama diperlukan dalam kehidupan manusia yang mana saling isi mengisi bagi kepentingan jasmani dan rohani manusia.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: