Utama > Uncategorized > Sibuk Dengan Gelanggang Futsal, Kampung Sendiri Macam Terabai

Sibuk Dengan Gelanggang Futsal, Kampung Sendiri Macam Terabai


image

PONTIAN – YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO diselar berhubung tindakan ketika melancarkan Gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Puteri Menangis, dekat sini, baru-baru ini sedangkan di kawasan berhampiran dengan kampungnya didakwa masih lagi memerlukan pembelaan yang sewajarnya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Mohmad Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut bahawa terdapat dua buah jalan kampung di Unit Peti Undi (UPU) Lubok Sipat masih belum diturap.

Beliau berkata, Ahmad dilaporkan pernah berkata peruntukan membuat dan menurap jalan adalah keutamaan kerajaan negeri malangnya perkara ini tidak terjadi di kawasan kelahiran ahli Parlimen Pontian itu.

”Ketika kami mengadakan XPDC Kebajikan DUN Benut, kami mendapati dua jalan kampung iaitu Pt. Hj. Hussin dan Pt. Hj. Abdul Rahman hanya diturap separuh dan ditinggalkan selebihnya.

”Tak sepatutnya jalan itu dibuat dengan tanah kasaran dan ia patutnya dalam lama ditar. Malah di Pt Abdul Rahman, ada lopak-lopak yang ditampal sendiri oleh penduduk kampung. Ini sepatutnya kerja kerajaan tapi dibebankan kepada rakyat.

”Kita bukan menolak pembangunan. Apa yang kita persoalkan ialah di mana keutamaannya,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Sinar Harian berkenaan pembinaan empat Gelanggang Futsal 1Malaysia telah dibina di Parlimen Pontian di bawah peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Rancangan Malaysia (RMK) 9 dan 10.

Ahmad dilaporkan berkata, sebanyak tiga gelanggang lagi telah dibina dan ia terletak di Kampung Orang Asli Benut, Dataran Datuk Jalok Benut dan Kompleks Penghulu Benut.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: