Utama > Uncategorized > KISAH : Disiplin Dan Alat Perang Muslimin

KISAH : Disiplin Dan Alat Perang Muslimin


TINDAK-TANDUK Yahudi di Madinah dan quraisy di Mekah sudah melampaui batas-batas kemanusiaan. Akhirnya Nabi diperintahkan Allah keluar berperang.

”Berperanglah dalam jalan Allah melawan mereka yang memerangimu. Dan janganlah kamu melanggar batas sebab yang demikian itu tidak disukai Allah,”

Dengan perintah itu, baginda mula mengatur gerakan Islam ke medan perang bagi memerangi musuh-musuh Allah demi membela agamaNya dan terbentuklah angkatan perang Islam.

Angkatan perang ini diatur Nabi dengan berpasukan dan tiap pasukan mempunyai seorang panglima dan panjinya (bendera). Panji yang mula-mula dikibarkan kepunyaan Abdullah bin Jahsyi. Janji Saad bin Malik el Azddie berwarna hitam dengan lambang bulan sabit putih di tengahnya.

Panji pasukan Nabi berwarna putih dan kuning. Ada satu dari panji-panji baginda disebut ‘el quad’ bermaksud rajawali yang diperbuat dari bulu hitam dan ditulis kalimah ‘Lailaha Illa Lah, Muhammad Rasulullah’. Setiap pasukan dijaga disiplin mereka dan baginda akan segera menegur jika ada yang melanggarinya.

Pada suatu ketika semasa perang Badarm baginda sedang memeriksa barisan pasukan. Tiba-tiba Sawad bin Ghasiyah keluar dari barisan. Kejadian ini dilihat dan baginda mendekatinya. Dengan ranting kayu yang ada di tangan baginda, lalu Nabi betulkan kekeliruan Sawad.

”Ya, Rasullullah. Tindakan engkau memedihkan perasaanku, sedangkan kau Rasul yang membawa keadilan,” berkata Sawad sekadar ingin mengetahui hati Nabi dan dia berbicara bagi mendapat perhatian Nabi.

Mendengarkan perkataan Sawad, Nabi telah membuka butang baju dan menampakkan perutnya sambil mengajak Sawad melakukan apa keinginannya. Tetapi Sawad bertindak dengan segera beliau menciumnya.

”Apa yang mendorong kau berbuat begini, Ya Sawad,”’ Nabi bertanya kehairanan.

”Ya Rasul ! Terjadilah apa yang engkau lihat, kerana hamba sememangnya bercita-cita agar kulitku dapat menyentuh kulit Nabi. Demikianlah cita-citaku,” jawab Sawad.

Baginda tersenyum melihat kecintaan manusia kepada baginda dan berbahagialah Sawad mendapat perlakuan yang berhikmat itu.

Disamping angkata perang Islam itu, Nabi juga memiliki alat-alat perang dan kenderaan yang cukup lengkap dengan nama sebagai tanda siap sedia menghadapi sesuatu yang hebat.

Baginda mempunyai lapan bilah pedang. Pedang yang mula-mula dimiliki diberi nama Ma’tsur, Makhdzan, Qadhib. Ia sebagai perlindungan diri. Baginda turut mempunyai tujuh nbaju besi dengan nama9ama tertentu seperti Dzatul Fudhul, Sugdiyah, Khirniq dan lain-lain lagi.

Malah Nabi mempunyai enam bilah anak panah, diantaranya Zauraa, Rauha’, Katum dan Sadad. Empat batang tombak yang bernama Rutswiy, Mutatsassi dan lain-lain.

Untuk maju ke medan perang baginda mempunyai beberapa ekor kuda, diantaranya bernama Sakb yang sangat kencang larinya. Murtajizz yang cantik ringisnya, tsarb yang tegap badannyam Sahjaj yang baik larinya dan lain lagi.

Baginda juga memiliki beghal yang bernama Duldud dan Fidhah. Di dalam pasukan baginda terdapat juga binatang liqah bernama Qashwa yang baginda kenderai sewaktu hijrah dahulu.

Selain itu, pasukannya juga mempunyai 45 ekor unta gemuk dan antaranya bernama Athlal, Barakah, Zamnan, Samra yang didapati dari Saad bin Ubadah.

Sungguhpun dengan segala persiapan itu seusai bagi membina kekuatan Islam, namun tidak semua baginda gunakan untuk peperangan tetapi akan dipilih sesuai dengan gerakan dan bentuk peperangan yang akan dihadapi.

Digunakan juga dalam keadaan damai seperti naik haji dan sebagainya. Yang lebih utama, segala persediaan itu adalah untuk membela diri atau menahan dari tindakan sewenang-wenang oleh musuh Muslimin.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: