Utama > Uncategorized > KISAH : Menyelesaikan Kesulitan Yang Menyayatkan

KISAH : Menyelesaikan Kesulitan Yang Menyayatkan


KEMENANGAN gemilang di perang Badar sungguh mengembirakan Nabi saw. Ramai yang ditawan dan diantaranya terdapat menantu baginda iaitu Abul As, suami kepada puterinya Zainab.

Zainab telah beriman kepada Allah dan Rasul tetapi suaminya itu masih musyrik. Beliau menyertai orang-orang quraisy dalam perang Badar dengan kaum muslimin yang dipimpin oleh baginda saw.

Perkara Abu As ditawan dalam perang itu telah diketahui Zainab dan beliau perlu menebus suaminya yang sangat disayanginya itu. Beliau tidak mempunyai harta yang banyak dan dilehernya terdapat kalung pemberian ibunya Khadijah sewaktu beliau berkahwin dengan Abu As dulu. Kerana tiada pilihan lain maka kalung itu dikirimkan ke Madinah bagi menebus suami menurut oeraturan tawanan perang ketika itu.

Kini kalung itu berada di tangan Nabi. Baginda segera dapat mengenalinya dan merasa amat terharu melihatkan kalung Khadijah itu. Betapa sebaknya jiwa baginda tidak dapat dibayangkan kerana kalung itu sekaligus menumbulkan kenangan lama baginda bersama Khadijah.

Perang Badar telah menyebabkan kalung itu telah dimiliki oleh puterinya Zainab bertahun-tahun lamanya kini berada di tangan untuk menebus suaminya dari tawanan ayahandanya sendiri. Bagaimanapun Abu As dibebaskan dan dikembalikan kepada Zainab.

Semasa keadaan itu berlaku Allah telah menurunkan ayat kepada Nabi saw:

”Wahai orang Mukmin. Bila datang kepadamu wanita beriman yang ikut hijrah maka ujilah (keimanan) mereka. Allah lebih tahu dengan keimanan mereka. Maka jika kamu tahu mereka beriman maka tidak boleh lagi mereka kembali kepada (suami mereka) yang kafir. Mereka tidak halal lagi bagi mereka,” (Mumtahanah : 10)

Dengan turunnyat ayat itu, Zainab harus berpisah dari suaminya, beliau tidak boleh berada di tangan orang Musyrik. Nabi segera memberitahu ini kepada Abu As walaupun pahitnya kerana memisahkan kasih sayang mereka sebagai suami isteri.

Abu As cuba memujuk Nabi tetapi baginda tidak boleh tawar menawar dan harus lakukan walaupun mengenai anak kandungnya sendiri.

Abul As pun kembali ke Mekah dengan disertai dua orang Ansar iaiti Zaid Haristah dan seorang lagi untuk melaksanakan kehendak ayat. Sampai mereka di Mekah, maka diberitahu segera kepada Zainab akan pesanan Nabi bahawa beliau hendaklah bercerai dengan suaminya. Sebagai wanita mukminah dia taat kepada perintah Allah dan Rasul walau betapa duka lara yang dialami.

Zainab berangkat ke Madinah dengan hajat bersama Nabi dengan ditemani Zaid dan seorang lagi. Seorang saudara suaminya bernama Kananah bin Rabi’ ikut menghantar atas permintaan suaminya.

Keluarlah rombongan Zainab ke Mekah menuju ke Madinah. Tetapi belum pun jauh perjalanan mereka dikejar oleh segolongan quraisy dengan kemarahan yang amat sangat.

Zainab telah dipukul Habar Aswad sehingga beliau jatuh ke batu. Zainab yang ketika itu sedang mengandung terkejut apabila terkena tombak dan terjatuh ke batu menyebabkan kandungannya gugur. Sakit yang amat sangat terkujur menahan derita yang dialami Zainab telah memaksa Kananah melawan bagi membelanya, tapi Abu Sufian dari quraisy segera membisikkan kepadanya jalan keluar yang baik.

”Keluarlah malam hari, kerana keluar siang sangat memalukan quraisy, ia suatu penghinaan. Kami tidak melarang Zainab untuk tinggal bersama bapanya,”

Bisikan Abu Sufian itu pada mulanya tidak mahu diterima oleh Kinanah, tetapi memandangkan Zainab dalam kesakitan yang amat apatah lagi gugur kandungannya, maka cadangan itu diterimanya.

Rombongan itu kembali semula ke Mekah dan dapatlah Zainab berehat seketika. Pada malamnya mereka berangkat semula tanpa sebarang halangan. Dengan izin Allah mereka selamat tiba dan bertemu Nabi.

Rasul turut marah setelah dikhabarkan peristiwa tadi dan ramai yang turut mengutuk dan menyatakan simpati kepada Zainab. Betapa pun keadaan, hukum Allah tetap berlaku dengan tegas walaupun dengan risiko yang berat. Maka tinggallah Zainab di Madinah di tengah saudara-saudara Islam yang lain.

Pada suatu masa yang lain, sekali lagi baginda menghadapi masalah dengan Zainab iaitu berpunca dari bekas suaminya Abu As yang masuk ke Madinah dan dilindungi Zainab. Kafilah dagang yang dipimpin Abu As telah ditawan dan mereka enggan pulang ke Mekah sebaliknya beliau lari ke Madinah dan bersembunyi di tempat Zainab tanpa diketahui Nabi.

Perbuatan Zainab akhirnya diketahui dan baginda mencela Zainab kerana berbuat demikian kerana itu boleh mendatangkan fitnah dalam masyarakat dan beliau sepatutnya bermusyawarah dengan Nabi terlebih dahulu.

”Wahai puteriku. Muliakanlah tempatnya (sambut beliau dengan baik), engkau tidak halal lagi baginya, beliau haram dari mendekatimu,”

Nabi memberikan peringatan itu sebab keduanya berpisah dalam kasih sayang, masih ada hubungan keluarga maka pergaulan dalam melindunginya haruslah dibatasi.

Akhirnya Nabi memberitahu kepada orang ramai akan hal Abu As berada di Madinah dan menyebutkan tentang barang dagangannya yang jatuh ke tangan muslimin.

Demi menghormati Zainab dan baginda Rasul Allah, maka rampasan kafilah yang telah menjadi hak mereka itu dikembalikan semula. Tetapi waktu diajak beliau masuk Islam dia menolaknya. Dengan membawa barang dagangan itu Abu As kembali semula ke Mekah dan membahagikan kepada pemiliknya.

”Adakah sesiapa lagi yang belum menerimanya?” tanyanya lagi.

”Jika tidak?” jawab mereka.

”Jika tiada, dengarlah baik-baik : saksikanlah sekalian bahawa aku mengucapkan : Asyhasu an la ilaja illah Lah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah,” demikian katanya.

”Demi Allah. Diharap tiada yang mencariku setelah aku Islam melainkan khuatir aku kamu nanti menyangka aku ini akan memakan hartamu dan selesailah tugas aku dan hari ini aku peluk Islam.

Hari ini juga aku akan berangkat ke Madinah bagi mendapatkan apa yang selama ini telah luput dalam diriku bagi berjihad bersama kaum muslimin dibawah pimpinan amin Muhammad” katanya lagi

Berangkatlah dia ke Madinah membawa imannya. Bergembiralah penduduk Madinah menyambutnya lebih’lebih lagi Zainab dan Nabi sendiri.

Dulu dia menolak dan hari ini membawa imannya. Maka Nabipun mengembalikan Zainab dengan pernikahan menurut Islam kepada Abul As.

Bermulalah hidup mereka dengan lebih bahagua di bawah cahaya Islam, inilah salah satu suka duka dalam keluarga Nabi dalam baginda mematuhi Allah dan kerasulannya.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: