Utama > Uncategorized > XPDC Kebajikan Pemuda Berjaya Santuni Masyarakat

XPDC Kebajikan Pemuda Berjaya Santuni Masyarakat


image

  
PONTIAN – Jelajah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian yang diadakan secara mingguan telah bertandang di kawasan kelahiran ahli Parlimen Pontian, YB Ahmad Maslan di Unit Peti Undi (UPU) Lubok Sipat, dekat sini, baru-baru ini.

Program yang turut diberi nama XPDC Kebajikan turut menemukan situasi yang memeranjatkan setelah mengenal pasti kedudukan ibu tunggal yang didakwa tidak pernah dikunjungi oleh Ketua Penerangan UMNO itu.

Menurut Pengarah programnya, Nor Azan Mohmad, pihaknya telah menyantuni individu yang kurang bernasib baik malangnya ada dikalangan mereka yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan.

”Paling sedih, Manisah Borro, 69, dari Kampung Parit Hj. Hussin, seorang ibu tunggal. Tiada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia dakwa Ahmad Maslan tak pernah jenguk walaupun rumahnya lebih kurang 1 kilometer dari situ,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan berupa keperluan harian pada program Jelajah Kebajikan Pemuda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, di sini, baru-baru ini.

Turut serta, Mohmad Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut, Zainuzabha Baharom, Setiausaha MTD,

Nor Azan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Ahmad dan tidak sewajarnya Timbalan Menteri itu terlepas pandang terhadap permasalahan rakyat.

”YB Ahmad dikelilingi pembantunya yang ramai. Tak kan tiada seorangpun yang memaklumkan kepadanya perkara ini. Janganlah sibuk menjaja kebaikan UMNO ke seluruh negara, tapi di tempat sendiri masih ada manusia yang perlukan perhatian,” kesalnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: