Arkib

Archive for Julai 2012

Yakin Gelang Patah Punya Persaingan Sengit – Jui Meng

Julai 31, 2012 Tinggalkan komen

image

SKUDAI – Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor melahirkan keyakinan bukan sahaja Parlimen Gelang Patah bakal mewujudkan persaingan yang sengit, malah membabitkan keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Bagaimanapun, Jui Meng menafikan berlaku pertukaran kerusi antara parti itu dengan DAP pada Pilihan raya Umum Ke 13 (PRU) sehingga menyebabkan hubungan rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR) itu dingin.

Dalam pada itu, beliau mengakui kadangkala wujud perubahan bagi kerusi tertentu pada saat-saat akhir namun setakat ini, ia masih kekal seperti sebelumnya.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh dijadikan isu berhubung desas desus kononnya akan berlaku pertukaran kerusi Parlimen Gelang Patah apabila Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau disebut-sebut akan bertanding di Parlimen terbabit, manakala PKR ditukarkan ke kawasan lain.

”Saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan PR untuk membuat keputusan siapa yang bakal bertanding di Parlimen Gelang Patah sama ada DAP atau PKR. Itu bukan isunya yang penting adalah kemenangan.

”Hubungan antara PKR dan DAP juga tiada masalah. Baru-baru ini, saya dan Dr Boo menyampaikan ceramah di Pasir Gudang serta sambutan diterima semakin memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Anggaplah Ini Ramadhan Yang Terakhir – Suhaizan

Julai 31, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyeru para pemuda PAS Johor agar menjadikan Ramadan kali ini adalah yang terakhir bagi memperkemaskan jentera sebelum berhadapan dengan Pilihan raya Umum (PRU) 13.

Katanya, peluang bagi melipatgandakan ibadah, mempertingkatkan iman dan memanjatkan doa agar dianugerahkan kemenangan harus direbut dan tidak diabaikan.

”Ramadan kali ini adalah yang terakhir sebelum berjumpa jihad yang yang paling besar iaitu pilihan raya umum (PRU) 13 nanti. Paling cepatpun bulan 9 ini dan paling lambat bulan 3 tahun depan.

”Oleh itu, ini merupakan kesempatan terakhir bertaqarub dengan Allah. Kita nak mohon agar dapat capat kemenangan,” katanya lagi.

Suhaizan berkata demikian ketika menyampaikan taujihatnya pada majlis Ihya Ramadhan anjuran Dewan Pemuda PAS Pontian di pekarangan Markas Cawangan Sungai Besar, Dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Khalid Salikan, EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Dalam majlis tersebut juga memperlihatkan kira-kira 80 orang anak muda bertekad untuk bekerja bersunguh-sungguh bagi menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional di negeri ini.

Sementara itu, Suhaizan dalam ucapannya turut menggesa agar menjadikan anak muda sebagai rakan melalui pelbagai pendekatan dalam usaha mendekati mereka bersama PAS.

”Kitalah yang dekat dengan mereka. Bukan Dewan Muslimat, Ulamak dan yang lain-lain. Justeru cari program-program yang boleh membantu PAS menarik hati anak muda untuk bersama kita,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Pemuda Pontian Terima Dana XPDC Kebajikan Ramadhan

Julai 30, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Hasil pelaksanaan program XPDC Kebajikan Dewan Pemuda PAS (DPPK) Pontian yang mendapat liputan meluas daripada media cetak mahupun media baru sebelum ini menyebabkan ada pihak yang prihatin untuk mengisi tabung dana kebajikan tersebut.

Menurut Ketuanya, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, program yang sudah berlanjutan beberapa tahun lalu telah dijalankan setiap minggu dalam kawasan Parlimen Pontian bagi menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan.

”Pihak kami terharu kerana telah menerima sumbangan sebagai suntikan kepada dana kebajikan Pemuda daripada individu-individu setelah setiap tempat yang kami pergi, kami rakamkan bahawa kami komited membantu rakyat dan menjayakan misi ‘Negara Berkebajikan’ yang disebut-sebut sebelum ini.

”Banyak ujian telah kami tempuhi, seperti kereta ketua Pemuda terbalik semasa program XPDC dan banyak perkara yang menginsafkan kami.

”Disamping itu, kami gerakkan jentera media baru seperti facebook Mtd Pas Benut, blog dan sebagainya, hasilnya dalam bulan Ramadhan, ramai yang ingin pahala berlipat kali ganda, berkongsi sumbangan dengan kami,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ihya’ Ramadhan anjuran DPPK Pontian di pekarangan Markas PAS Cawangan Sungai Besar, Benut, dekat sini, baru-baru ini

Hadir sama, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Khalid Salikan, Ketua Dewan Pemuda PAS Simpang Renggam.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang bulan Ramadhan ini pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Tindakan Dun Benut dan Pulai Sebatang dengan bergerak ke setiap Unit Peti Undi (UPU) di seluruh Parlimen ini.

”Dalam bulan puasa ini, pihak MTD ada mengadakan program calon turun ke UPU. Disamping aktiviti memperkenalkan calon kepada masyarakat setempat, sumbangan berupa barang keperluan harian turut disampaikan kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan.

”Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dan insya Allah kami akan agihkan kesemua dana itu sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil fitri nanti,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR PERMAS Santuni Masyarakat

Julai 29, 2012 Tinggalkan komen

PASIR GUDANG – Bagi masyarakat di daerah ini terutama di kawasan Taman Saujana begitu gembira apabila diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan PAS Cawangan Taman Saujana, dekat sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, kira-kira 40 keluarga telah menerima sumbangan kebajikan dan wang tunai daripada Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, selain bertujuan menyantuni mereka pihaknya berharap program tersebut dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama umat Islam tanpa mengira fahaman dan ideologi kepartian.

“Seramai 40 keluarga kurang bernasib baik jelas kelihatan gembira apabila menerima sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai dari pada Pas Kawan Pasir Gudang yang diadakan di Pas cawangan Taman saujana Pada sebelah pagi tadi termasuk ibu ibu tunggal menerima sumbangan,” katanya lagi dalam satu kenyataan akhbar yang dihantar kepada ibn_bacoks.

Dalam perkembangan berasingan, Syed Othman berkata pihaknya turut mengadakan Program bubur lambuk Pas Cawangan Permas Jaya yang diedarkan pada setiap hari Ahad semperna bulan Ramadhan ini.

“Operasi menyediakan bubur lambuk telah diadakan di PASTI Permas Jaya. Kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang, amat dialu-alukan,” jelasnya lagi.

Kategori:Uncategorized

Pesawat Ringan Terhempas Di Pontian

Julai 29, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Seorang juruterbang maut apabila pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kg Parit Ali, Ayer Baloi dekat Pontian petang ini

Pesawat ringan yang terhempas di Pontian petang ini dipandu warga Singapura, Ling Shi Min, 25. Mangsa ahli Kelab Penerbangan FRAS di Senai.

 

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR Benut Santuni Suhadi

Julai 28, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Seorang warga emas, Suhadi Midi, 78, disantuni Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut di kediamannya Kampung Parit Betak Darat, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Penyelianya, Ustaz Atan Gombang, Suhadi memerlukan bantuan orang ramai kerana sumber pendapatannya diperolehi daripada 2 ekar tanah yang ditanam nenas.

Selain itu, keadaan fizikal dan rumahnya yang uzur seolah-olah sukar untuk dipercayai bahawa masih lagi ada insan yang seperti itu dalam sebuah negeri ‘maju’ Johor ini.

”Kita percaya, sempena bulan puasa ini, ramai yang ingin menyumbang. Dan ada baiknya insan seperti Pak sumadi ini dibantu. Insya Allah, kami akan cuba mengenengahkan kepada pihak berkaitan,” kata Ustaz Atan dalam respon ringkasnya.

Ketika Sumadi ditemui di kebunnya, pihak kami berkesempatan membeli nenas hasil daripada tanamannya dengan harga RM1.50 sebiji dan pihak yang memerlukan nenas dialu-alukan terus membelinya di situ.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kedudukan PAS Di Kubu Kuat UMNO Makin Kukuh

Julai 27, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN РJika sebelum ini, PAS berjaya menembusi kubu kuat UMNO di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Sepam,  kali ini ia semakin bertapak apabila XPDC Dakwahnya berjaya diadakan.

Seorang penduduk Miskan Tiran,58, berkata, selama ini pemahamannya berhubung politik Islam begitu kabur bagaimanapun dengan program itu ia menyedarkannya bahawa sebelum ini ditipu dengan pelbagai dakyah.

Katanya, memisahkan politik dengan urusan agama merupakan ajaran sekular yang wajar ditentang kerana ia boleh merosakkan pemikiran umat Islam.

”Apapun, terima kasih kepada Ustaz Atan kerana sudi hadir dan insya Allah saya akan menggerakkan jentera di kawasan ini,” katanya lagi semasa sesi dialog di Kampung Permatang Palas, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Ustaz Atan turut menekankan kelebihan bulan ramadhan dan kaitannya dengan pelaksanaan hudud.

Katanya, kalau masyarakat boleh menerima ibadah puasa suatu kewajipan mengapa perundangan Islam seperti Hudud sukar menapak dan pelbagai alasan apabila ingin melaksanakannya.

”Dalam Quran ada ayat kewajipan puasa. Dalam Quran juga ada kewajipan Qisas, hudud dan sebagainya. Mengapa tak boleh nak terima?” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: