Utama > Uncategorized > Beri RM200 Simbolik Kepada Kepulangan Salahuddin

Beri RM200 Simbolik Kepada Kepulangan Salahuddin


image

JOHOR BAHRU – Pemberian wang RM200 kepada YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah menjadikan program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor itu menarik dan ia dianggap begitu bermakna.

Malah, ia adalah simbolik kepada Salahuddin agar menggunakannya sebagai wang saku ekoran pendedahan yang dibuat apabila pertama kali bertanding di Kubang Kerian pada 2004 hanya mempunyai sejumlah wang dengan nilai yang sama.

Pada majlis yang sama, Tuan Guru turut menurunkan tandatangan pada signboard sebagai gimik program, tanda rasmi penyerahan YB Salahuddin Ayub, ahli Parlimen Kubang Kerian kepada rakyat Johor.

Dengan penyerahan itu, sekaligus menamatkan dakwaan bahawa kepulangan Naib Presiden PAS itu untuk bertanding di negeri ini pada pilihan raya (PRU) 13 nanti tidak diterima kepimpinan PAS di Kelantan.

Sementara itu, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa tidak wujud perbezaan yang ketara antara khutbah jumaat yang diikuti oleh seluruh umat Islam di dunia dengan aktiviti ceramah anjuran PAS kerana ia benar-benar menepati ciri-ciri kehendak khutbah agar takutkan Allah.

Katanya lagi, antara rukun khutbah yang perlu disebut oleh khatib semasa berkhutbah adalah seperti pujian kepada Pencipta, berselawat ke atas Nabi Muhammad saw dan berpesan kepada manusia agar bertaqwa.

Malah beliau berkata, nilai-nilai dan nasihat dalam khutbah yang tidak diterjemahkan di luar masjid merupakan pemikiran Sekular yang diamalkan oleh UMNO boleh mendatangkan kecelakaan kepada umat Islam yang pelbagai bangsa termasuklah Melayu.

Justeru itu, segenap lapisan manusia termasuklah pemimpin seharusnya ‘gerun’ kepada Allah swt kerana mereka juga merupakan makhluk yang mempunyai kelemahan atas sifat sebagai hamba.

”(oleh itu) malam ini (ceramah) nak laksanakan daripada apa yang diucap dalam khutbah,” tegasnya lagi.

Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, Taman Dahlia, dekat sini, jumaat lepas.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: