Utama > Uncategorized > FEQH MUNAKAHAT : Walimatul ‘Arus

FEQH MUNAKAHAT : Walimatul ‘Arus


SOALAN : Biasanya di negara ini walimah diadakan nyanyian yang diringi oleh kumpulan pancaragam. Adakah perbuatan seperti ini diharamkan Islam ataupun diharuskan?

Dalam Islam, mengadakan nyanyian sebagai hiburan di hari perkahwinan adalah harus, tetapi janganlah pula mengandungi kata-kata yang tidak baik.

Sebaik-baiknya hendaklah lagu nasyid yang mengandungi kata-kata nasihat dan jangan pula ada percampuran di antara lelaki dengan perempuan secara bebas.

Sabda Nabi saw bermaksud :

Diriwayatkan daripada Amir bin Saad katanya : Aku telah masuk ke tempat Qirzah bin Kaab dan Abi Mas’ud al-Ansari di masa kenduri kahwin. Tiba-tiba beberapa hamba sahya perempuan menyanyi. Maka aku berkata : Kedua-dua kamu adalah sahabat Nabi dan daripada ahli peperangan Badar. Kenapa kamu berbuat begini. Kedua-dua sahabat itu menjawab : Jika engkau mahu mendengarnya, dengarlah bersama kami. Jika engkau tidak mahu mendengarnya, pergilah. Sesungguhnya telah diberi kemudahan (kelonggaran) kepada kami untuk bersuka ria dengan permainan di hari kenduri kahwin.

Soalan : Kalau di hari walimah iti tiada bunyi-bunyia, bahkan senyap saja, tentu sekali tidak begitu meriah. Bagaimanakan caranya supaya majlis walimah itu tidak sunyi dan tidak bertentangan dengan Islam?

Untuk memeriahkan majlis, Islam mengharuskan untuk bergendang dan berebana dimana pukulan gendang dan rebana di majlis walimah adalah untuk membezakan kahwin dengan zina.

Sabda Nabi yang bermaksud :

”Perbezaan di antara yang halal (kahwin) dengan yang haram (zina) ialah adanya suara gendang dan rebana

Mengumumkan Perkahwinan

SOALAN : Bagaimana mengumumkan perkahwinan kepada orang ramai supaya mereka tahu bahawa si anu telah berkahwin dengan si anu?

Pengumuman yang sebaik-baiknya kepada orang ramai ialah perkahwinan (akad nikah) hendaklah diadakan di masjid dan hendaklah dipukul gendang dan rebana di hari perkahwinan.

Sabda Nabi saw yang bermaksud :

”Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang, rebana di hari perkahwinan itu.

Advertisements
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: