Utama > Uncategorized > TAFSIR : Al-Baqorah 8-10

TAFSIR : Al-Baqorah 8-10


SIFAT Munafiq

8. Di kalangan manusia ada yang mendakwa ”kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,” padahal mereka itu sebenarnya bukan orang-orang yang beriman.

9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu diri mereka sendiri tapi mereka tidak sedar.

10. (Sebenarnya) Hati mereka berpenyakit, lalu ditambah Allah penyakit mereka. Untuk mereka (disiapkan) seksa yang amat pedih, lantara mereka berdusta.

Tafsir dan Ulasan

Sifat-sifat seperti yang diterangkan dalam ayat di atas adalah untuk golongan manusia kategori ketiga. Sebelum ini, Allah telah menerangkan watak golongan kafir di dalam dua ayat, juga sifat dan telatah orang-orang munafiq di dalam tiga belas ayat.

Allah swt menyesali dan mendedahkan sifat buruk dan perancangan jahat mereka. Bahkan Allah menyelar, mencela dan melihat sinis perbuatan mereka.

Mereka digelar sebagai golongan yang bisu, pekak dan buta. Perumpamaan dan tamsil (ibarat) diajukan kepada mereka. Namun watak mereka tidak berubah. Mereka lebih berbahaya daripada golongan yang jelas kafir.

Sifat dan telatah jahat golongan munafiq ini tidak terbatas kepada mereka yang hidup pada zaman Nabi sahaja, bahkan pada setiap zaman jika sifat-sifat buruk ini boleh didapati dikalangan manusia tertentu.

Sifat buruk yang pertama ialah lisan menuturkan kalimah iman tapi hati dipenuhi dengan kekufuran dan kesesatan. Abullah bin Ubai bin Salul umpamanya adalah pemimpin munafiq pada zaman Nabi. Ramai dari kalangan sahabatnya adalah orang Yahudi.

Mereka mengaku beriman, tetapi Allah telah menolak pengakuan mereka kerana sebenarnya tidak beriman. Walaupun mereka beria-ia menampilkan sifat beriman tetapi diragui dengan jelas bahawa mereka hanya membuat tipudaya terhadap Allah.

Namun Allah tahu benar akan hakikat mereka. Golongan ini lebih merbahaya daripada orang-orang kafir. Mereka akan mendapat azab yang amat pedih pada hari akhirat kelak lantaran pengakuan palsu bahawa mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Justeru kedangkalan akal, mereka menyangka boleh menipu Allah sedangkan Allah Maha Bijak untuk dapat ditipu. Tiada sesuatu perkarapun yang terselindung daripada pengetahuanNya. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mengenali Allah. Jika mereka mengenaliNya, nescaya mereka mengetahui Allah tidak boleh ditipu. Tipu daya yang mereka cuba lakukan pasti membawa padah kepada diri sendiri. Allah memang berupaya mendedahkan perancangan mereka kepada kaum muslimin.

Walaupun hakikat sebenar mereka demikian, tetapi Allah tetap mengarahkan agar dijalankan hukum Islam terhadap mereka. Seolah-olah Allah membuat perangkap muslihat dalam bentuk (musyakalah) provokatif. Apabila kaum muslimin patuh suruhan Allah pula, mereka pun seolah-olah membuat perangkap kepada golongan munafiq, sebagai tasybih dan tamthil. Ini untuk menyatakan hakikat sebenar bahawa golongan munafiq itu adalah orang yang menipu dan juga tertipu.

Rowayat sejarah sebenarnya seperti disebutkan oleh Ibn al-Arabi ialah Nabi saw tidak membunuh golongan yang munafiq ini. Baginda hanya menghindar diri dari mereka untuk menjaga hati semua pihak, baginda khuatir kiranya tersebar berita yang boleh menjauhkan hati orang ramai dari baginda. Nabi saw pun pernah membayangkan perkara ini dengan sabdanya.

”Aku bimbang orang mengatakan bahawa Muhammad membunuh para sahabatnya,”

Sikap ini sama dengan sikap Baginda memberi sedekah kepada golongan muallaf untuk menjinakkan hati mereka, walaupun baginda tahu kecacatan iktiqad mereka.

Pedoman hidup dan hukum-hakam

Sifat hipokrit atau nifaq adalah penyakit yang merbahaya. Manakala golongan itu pula diibaratkan daging yang menikam masyarakat dari dalam.

Sebab itu, perkara pertama yang terbetik dalam benak kita ialah menghapuskan akar umbi nifaq dan golongan munafiq ini, sehinggalah negara dalam dibersihkan daripada mereka. Demikianlah yang dilakukan oleh kebanyakan negara dalam dunia sekarang.

Tetapi, wahyu Ilahi dan perundangan samawi mempunyai pandangan yang mendalam dan berwawasan jauh. Ia tabah menghadapi masa depan untuk berlakunya peristiwa yang menyerlahkan kedangkalan ilmu manusia di hadapa lautan ilmu Allah.

Nabi sendiri banyak menanggung seksa akibat perbuatan golongan ini tetapi akhirnya kemenangan menyebelahi baginda. Semua bukti sejarah tersebut menunjukkan sifat nifaq dan fahaman Judaisme adalah bergandingan.

Ia berpunca daripada sifat pengecut dan watak jahat insan munafiq yang sangat keji. Mereka manis berbicara dengan orang lain, namun di sebalik turur kata lunaknya itu tersembunyi racun yang berbisa.

Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa pembohongan dan penipuan adalah simbol dan amalan golongan munafiq. Oleh sebab itu, Allah mengingatkan golongan mukmin agar jangan terpedaya dengan tipu daya mereka. Apabila sifat ini merebak di kalangan umat, maka pelbagai jenayah dan kepincangan akan berlaku.

Nabi saw bersabda dengan maksudnya :

”Awas dan berhati-hati dengan sifat pembohong kerana sesungguhnya sifat berbohong tersisih dari iman,”

Sekiranya berbohong merupakan budaya hidup golongan munafiq, maka sikap berterus-terang dan kecekalan bertindak yang sesuai dengan syarak pula adalah syiar golongan mukmini jujur. Oleh itu, mereka berhak dimuliakan. Sebenarnya tarbiyyah atau asuhan dengan memaparkan sifat munafiq ini lebih berkesan dan bermakna daripada golongan mukminin itu sendiri. Dengan itu, mereka akan terus mantap mempertahankan kebenaran.

Manakala insan munafiq pula akan terus kekal dengan sifat hipokrit mereka, disamping mengabaikan iman dan berpaling jauh daripada quran.

Penyakit hati mereka akan terus merebak. Hati mereka terus terhiris pedih selepas datang khabar gembira dan peringatan kepada mereka. Lebih-lebih lagi setelah melihat semakin membara terhadap Nabi dan para sahabatnya.

Sumber : Tafsir Munir.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: