Utama > Uncategorized > EXCO Agama Didakwa Langgar Arahan Sultan?

EXCO Agama Didakwa Langgar Arahan Sultan?


image

MERSING – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Datuk Zainal Abidin Osman didakwa melanggar arahan Sultan Johor dengan tidak mengendahkan larangan agar semua pihak tidak mencampuri urusan politik dalam masjid.

Insiden yang berlaku di Masjid Jamek Sawah Datok dekat sini memperlihatkan Zainal yang juga Exco Agama didakwa telah menyalahgunakan kedudukannya dengan memberikan ucapan yang berbaur kempen politik pada majlis Sambutan Israk Mikraj.

Perkara ini telah didedahkan oleh Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor dengan mempersoalkan tindakan Zainal itu yang sengaja mengambil kesempatan sedangkan para pendakwah yang mengajar di masjid-masjid menghadapi tuduhan yang mengarutkan.

“YB (Datuk) Zainal Abidin Osman, Adun Endau, Exco yg Jaga Agama di Johor. Baru-baru ini sempena majlis Israk Mikraj di Masjid Jamek Sawah Datok Mersing, beliau sanggup begegas dari Johor Bahru semata-mata untuk menghadiri majlis itu. Bagus sungguh YB Z.

“Dalam ucapannya Beliau tak melepaskan peluang dan tak segan-segan lagi berkempen Politik UMNO supaya semua hadirin terus sokong UMNO/BN. Beliau berkata sekarang ini kita (UMNO) dalam keadaan kritikal. Sebab itu semua hadirin mesti sokong parti pemerintah. Sehingga Penceramh Tuan Kadi Daerah hanya berceramah sekitar 20 minit saja.

“Dia langgar arahan Tuanku Sultan Jangan Berpolitik dalm Masjid. Dia sekat ustaz-ustaz yang mengajor kat masjid-masjid dengan tuduhan ustaz itu cakap politik dalam masjid. Sudahlah YB,” ujarnya di laman facebooknya.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: