Utama > Uncategorized > HAdis : Tawakkal

HAdis : Tawakkal


1) Daripada Ibn Abbas ra, bahawasanya Nabi saw berdoa : ”Allahumma laka aslamtu wa bika aamantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khaashamtu. Allahumma a uuzubi izzatika laa ilaaha illa anta an tudhillanii antal hayyul lazi laa tamuutu wal jinnu wal insu yamuutunn.

(Wahai Allah, hanya kepadaMu aku berserah diri. Aku percaya sepenuh hati kepadaMu, kepadaMulah aku bertawakkal, kepadaMulah aku kembali dan untukMulah saya berjuang. Wahai Allah, aku berlindung dengan kemuliaanMu yang tiada Tuhan selain Engkau agar Kau jangan menyesatkan ku. Engkau adalah Zat yang hidup yang mana Engkau tiada akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati),” riwayat Bukhari dan Muslim.

2) Daripada Ibn Abbas ra, dia mengucapkan ‘Hasbunallaahu wa nikmal wakil’ kerana kalimat itu adalah kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim as. Ketika dilempar ke dalam api dan juga dibaca Nabi Muhammad ketika orang-orang kafir mengatakan : ”Sesungguhnya orang-orang quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu. Oleh kerana itu, takutlah kamu sekelian kepada mereka. Akan tetapi perkataan itu malah menambahkan iman mereka serta mereka mengucapkan ‘Hasbunal ahu wa nikmal wakil” riwayat Bukhari.

Dan di dalam riwayat Bukhari yang lain dari Ibn Abbas ra, ia berkata : ”Kalimat terakhir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu dilemparkan ke dalam api adalah ‘Hasbiyallahu wa nikmal wakil’ (Allah cukup menjadi penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung,”

3) Daripada Abu Hurairah ra. Daripada Nabi saw baginda bersabda : ”Orang-orang yang mempunyai hati (pendirian) seperti hati (pendirian) burung, mereka akan masuk syurga,” riwayat Muslim.

4) Daripada Abu Bakar Abdullah bin Othman bin Amir bin Amr bin Kaab nin Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luayy bin Ghalib al quraisy al Taimi ra. Dia beserta ayah dan ibunya adalah sahabat Nabi. Dia berkata ”Ketika kami berada dalam gua Tsur, saya melihat kaki-kaki orang musyrik berada atas kepala kami. Kemudia saya berkata ”Wahai Nabi, seandainya salah seorang di antara mereka melihat ke bawah telapak kakinya nescaya dia akan melihat kita,” Baginda menjawab : ”Wahai Abu Bakar, apakah yang kamu cemaskan terhadap dua orang yang mana Allah sebagai pihak ketiga?” riwayat Bukhari dan Muslim.

5) Daripada Anas ra mengatakan bahawa pada masa Nabi ada dua orang bersaudara, di mana yang satu suka datang kepada Nabi dan yang lain giat berusaha kemudian orang yang giat berusaha itu mengadu kepada Nabi tentang keadaan saudaranya itu lantas Nabi bersabda : ”Barangkali kamu mendapatkan rezeki kerana saudaramu itu,” riwayat Turmizi

Sumber : Kitab Riadus Solihin

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: