Utama > Uncategorized > Tamrin Tersentuh Dengan Isu BERSIH

Tamrin Tersentuh Dengan Isu BERSIH


image

SRI GADING – Dato’ Tamrin Ghaffar memberitahu antara isu yang menyebabkannya kini berada di pentas pembangkang adalah kerana keengganan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) memenuhi tuntutan BERSIH. 

Katanya, isu BERSIH bukan masalah individu terbabit bahkan mereka merupakan rakyat Malaysia yang mahukan satu perjalanan pilihan raya yang adil dan bebas.

”Isu yang paling tersentuh ialah pasal BERSIH. Ini bukan masalah Pakatan Rakyat, Ambiga dan PAS. Mereka juga rakyat. Mereka nak pilihan raya bersih. Tapi SPR berat sebelah. Patutnya bebas. Isu sebenarnya bukan Ambiga. Yang datang ramai Cina, India dan Melayu. Kalah tak apa tapi biar puas hati.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tertutup di Markas PAS Kawasan Sri Gading, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Hashim Jusoh, Yang Dipertua PAS Kawasan Sri Gading.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat bakal melakarkan kejayaan dalam pilihan raya (PRU) 13 kelak berpandukan kepada sambutan yang diberikan orang ramai pada program penerangan pakatan pembangkang yang melibatkan kehadirannya.

”Mana-mana saya pergi (ceramah) memang ramai orang. Syarat saya, kalau saya ceramah (penganjur) kena pastikan ramai orang UMNO keluar. Kita nak kejar orang UMNO dan atas pagar,”

Sementara itu, ketika menjawab soalan daripada salah seorang peserta program berhubung isu Ketua Menteri Melaka, beliau berkata dengan jawapan yang mudah.

”DAP bertanding di kawasan Bandar. Sedangkan majoritinya luar bandar yang ditandingi semua Melayu. Mustahil DAP boleh jadi Ketua Menteri,” tegasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: