Utama > Uncategorized > PAR Permas Berjaya Tewaskan Sang ‘Sawa’

PAR Permas Berjaya Tewaskan Sang ‘Sawa’


PASIR GUDANG – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah bukan sahaja mempunyai semangat yang kental untuk menumbangkan UMNO-Barisan Nasional malah kerja-kerja kebajikan dilihat tidak terbatas pada sesuatu bidang semata-mata.

Terbaru, beliau bersama kira-kira 40 keluarga penduduk Kampung Sepakat Masai berjaya menumpaskan seekor ular sawa yang leka membaham ayam yang disangka perompak.

Wakil penduduk, Ismail Talib, 42, berkata, ular sawa seberat lebih kurang 25 kilogram dan sepanjang 14 meter itu sudah empat kali ditangkap sejak awal tahun ini.

Menurutnya, ular sawa itu dikatakan datang dari tanah kosong berhampiran yang pada asalnya tapak rumah, tetapi sudah dipenuhi semak-samun sejak setahun lepas.

”Kami pada awalnya menyangka ada orang hendak memecah masuk rumah apabila bunyi ayam dalam reban bising seperti terkejut.

”Apabila dihampiri, rupa-rupanya ia seekor ular sawa yang sedang membelit untuk membaham ayam yang berada dalam reban seorang penduduk di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail berkata, penangkapan buat kali keempat sejak awal tahun ini menambahkan kebimbangan penduduk terhadap keselamatan terutamanya kanak-kanak.

Menurutnya, tambahan kawasan perkampungan itu kerap dilanda banjir setiap kali hujan sehingga menambahkan kegusaran penduduk, selagi semak-samun di kawasan berhampiran tidak dibersihkan.

Sehubungan itu, dia menyeru semua pihak memberikan kerjasama dan bertanggungjawab suapaya masalah seumpama ini tidak berulang.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: