Utama > Uncategorized > Segera Bina Jalan Alternatif

Segera Bina Jalan Alternatif


PONTIAN – Jawatankuasa Jalan Alternatif dan Jambatan yang menghubungkan antara Pekan Tampok dan Parit Betak mendesak pihak terbabit menjalankan pembinaan jalan tersebut dengan seberapa segera.

Pengerusinya, Amiruddin Karno berkata, selaku wakil penduduk, pihaknya tidak bersetuju jika jalan itu hanya sampai setakat Parit Hassan sahaja.

Amir turut menggesa supaya dipanjangkan jaraknya hingga ke Parit Stan selain diturap walaupun perancangan asalnya hanya akan dibina dengan tanah kasar.

”Saya difahamkan kos pembinaan jalan itu RM80,000 bagi laluan ke Parit Hassan. Mengapa tidak diteruskan pembinaan itu ke Parit Stan yang hanya beberapa ratus meter sahaja dari perancangan asal,” katanya lagi.

Amir berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pada program Dialog Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut bersama Penduduk di Tampok Darat, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Zainuzabha Baharom, Setiausaha PAR Benut.

Dalam pada itu, Amir turut menyatakan penghargaan kepada pihak terbabit kerana hasrat penduduk untuk mempunyai sebuah jambatan batu tercapai setelah 20 tahun menanti bagaimanapun lokasi pembinaan itu tidak mendapat persetujuan kebanyakan penduduk.

”Walaupun jambatan dalam proses pembinaan, terima kasih kepada pihak terbabit. Namun kami kesal, jambatan itu tidak sepatutnya di bina disitu kerana ia bukan kehendak penduduk berikutan sebelum ini mereka inginkan jambatan itu dibina berhadapan dengan surau.

”Paling kami kesal, saya diberitahu, surat bantahan yang pernah dihantar oleh UMNO cawangan kepada YB Ahmad Maslan tidak sampai ke pejabatnya. Ini menandakan ada tangan-tangan ghaib yang cuba mengatur dan membuatkan hasrat penduduk tidak direalisasikan.

”Pihak kami sudahpun mengumpulkan tandatangan penduduk berserta memorandum yang akan kami serahkan kepada YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, sekiranya desakan ini tidak dihiraukan,” katanya lagi.

Sememtara itu, Ustaz Atan dalam komen ringkasnya menyebut sepatutnya masalah jalan kampung sudah selesai 20 tahun lalu namun mempersoalkan di mana kewajaran jalan yang akan dibina itu hanya setakat dengan tanah kasar.

Dalam pada itu, kerajaan UMNO disaran agar mempercepatkan pembinaannya bagi memberi kemudahan bersama kepada banyak pihak.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: