Utama > Uncategorized > Pemuda Santuni 3 Penerima Sumbangan

Pemuda Santuni 3 Penerima Sumbangan


image

PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian melalui aktiviti Jelajah (XPDC) Kebajikan Pemuda Pontian telah menyantuni tiga orang penerima sumbangan di Peti Undi (UPU) Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Naib Ketuanya, Ustaz Mohammad Nazar senarai penerima sumbangan tersebut kebanyakannya adalah terdiri daripada kalangan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

”Seorang ibu tunggal bernama Saadiah Talib, 42, yang masih mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah turut mengadu kepada kami tentang permohonan rumah PPRT yang dimohonnya sejak 2 tahun lalu. Malangnya tiada perkembangan positif yang diperolehi.

”Setakat hari ini, dia yang membuka IKS (Industri Kecil Sederhana) dengan membuat kuih raya dan biskut adalah merupakan sumber pendapatannya untuk menyara keluarga.

”Seorang lagi ibu tungga, Rohaya Sumadi, 50, mempunyai 3 orang anak. Hanya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekitar RM300 sebulan.

”Seorang lagi penerima, Abdul Karim Rosman,42, adalah OKU sejak sepuluh tahun lalu akibat kemalangan. Kepayahannya untuk bergerak kerana kakinya tidak boleh berjalan membuatkannya dia hanya mampu bekerja mengambil upah mengumpulkan cendawan. Seorang bapa ‘tunggal’ dengan dua orang anak turut mengharapkan ehsan daripada orang ramai,” katanya lagi.

Nazar berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan pada majlis XPDC Kebajikan Pemuda, dekat sini.

Hadir sama, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Nor Azan Mohmad, Bendahari Dewan Pemuda PAS Pontian.

Beliau berkata, sebarang sumbangan dialu-alukan daripada pelbagai pihak bagi membolehkan pihaknya mengatur beberapa lagi siri bantuan sumbangan nanti.

”Bulan ramadhan yang hampir tiba, maka kami bercadang untuk turun sepanjang bulan ramadhan nanti.

”Justeru, oleh kerana Ramadhan bulan berakah, pahala dilipat gandakan, amalan sedekah paling afdhal dalam bulan ini, saya menyeru kepada mana-mana pihak yang ingin berkongsi bersama-sama kami,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: