Utama > Uncategorized > PAR Terima Lagi Aduan Berhubung Jalan

PAR Terima Lagi Aduan Berhubung Jalan


image

KAYU ARA PASONG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang menerima aduan jalan yang baru sahaja diturap kira-kira setahun yang lalu tapi sudah mengalami kerosakan yang teruk.

Permasalahan tersebut menyaksikan lebih 80 buah keluarga Kampung Parit Jawa, dekat sini terseksa setiap kali ingin melalui jalan kampung terbabit sejauh 3 kilometer kerana urusan yang pelbagai.

Seorang penduduk, Tumiran Ahmad, 52, berkata, laluan tersebut merupakan jalan pintas yang menghubungkan antara Benut ke Johor Bahru kerana laluannya yang dekat dengan Parit Kudus, di jalan Parit Semerah.

”Sebenarnya ada pembinaan jambatan baru di kampung ini dikatakan bakal dijadikan laluan sementara antara Benut ke Johor Bahru kerana Jambatan di Pontian Besar akan di besarkan.

”Sejak setahun lalu, banyak pengguna kenderaan lalu di sini terutamanya lori sawit 11 tan menyebabkan lopak semakin membesar di sepanjang 1 kilometer lebih. Lubang itu ada yang sedalam 8 inci.

”Penduduk bengang kerana mereka setiap hari nak hantar anak ke Sekolah Menengah Kayu Ara Pasong dan Sekolah Rendah Parit Kudus. Malah ia adalah laluan kepada pekerja kilang berdekatan dan yang ada kebun sawit di sini.

”Jalan itu, ditampal ‘lebih kurang’ dan bahu jalan juga sempit. Masalah ini sudah berada dalam pengetahuan Ahmad Maslan (Ahli Parlimen Pontian), namun belum ada sebarang perkembangan positif diterima.¬†

”Saya difahamkan, setiap kali mesyuarat Agong cawangan Kampung Parit Jawa telah diajukan tapi begitulah jawapannya,,” katanya lagi.

Berikutan dengan permasalahan itu tiada kesudahannya, pihaknya bertindak mengemukakan aduan itu kepada PAR Zon Pulai Sebatang, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dengan harapan mampu mengetengahkan ke pihak berkaitan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Ogos 5, 2012 at 4:03 pm

    DIMANA UMNO DIJUNJUNG , DISITU MELAYU MELOPONG ! .

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: