Utama > Uncategorized > Penduduk Kempunan Kemudahan Asas

Penduduk Kempunan Kemudahan Asas


image

PONTIAN – Para penduduk di Kampung Parit Selangor Benut dekat sini mendakwa mereka begitu dahagakan prasarana dan kemudahan seperti mana yang dinikmati oleh kampung bersebelahan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung (JKKK), Zainuddin Sapian antara permintaan yang dituntut adalah seperti kemudahan dewan kegunaan orang ramai melakukan pelbagai aktiviti yang didakwa tapaknya sudah diwaqafkan namun pembinaannya sahaja masih tidak kunjung tiba.

”Saya berasa malu, sampaikan mesyuarat agung cawangan UMNO pun dibuat didalam khemah. Sedangkan ada orang yang sudah waqafkan tanah sekitar 3 ekar lebih,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Dialog Bersama Penduduk Kampung Parit Selangor, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut turut menerima banyak lagi aduan yang melibatkan beberapa kemudahan lain yang dtidak diendahkan oleh pimpinan masyarakat di kampung terbabit.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Badrul Hisham Mat Saat, Ketua Penerangan PAS Kawasan Pontian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ridhwan Zailani yang mewakili pemuda menggesa pihak kerajaan memberikan kemudahan wifi percuma memandangkan masih ramai anak muda yang setia dan tidak berhijrah ke bandar amat teringin mengikuti perkembangan dunia ICT.

”Masih ramai lagi anak muda yang tinggal di sini. Sekurang-kurangnya kampung ini ada wifi diletakkan di surau pun dah kira bagus,” katanya lagi.

Pada majlis yang sama, satu jawatankuasa bertindak berjaya ditubuhkan bagi membolehkan permasalahan mereka diajukan kepada pihak berkaitan.

Pengerusinya, Roslan Mat Noor berkata, pihaknya akan menggerakkan seluruh AJK untuk mengambil tandatangan penduduk dan serahan memorandum kepada YAB Menteri Besar akan dibuat susulan daripada itu.

”Kami turut memohon supaya bahu jalan di lebarkan kerana menyukarkan pergerakan kenderaan apabila berselisih.

”Disamping itu, kemudahan Taman rekreasi di tebing Sungai Pinggan diperlukan supaya penduduk tidak perlu ke tempat lain untuk menjalankan aktiviti radah dan sebagainya.

”Cuma apa yang kami kesalkan, kampung bersebelahan seperti Kampung Puteri Menangis diberi kemudahan gelanggang Futsal, mengapa di tempat kami tidak, sedangkan jaraknya hanya tak sampai 1 kilometer saja,” tegasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: