Utama > Uncategorized > Berdepan Risiko Kemalangan

Berdepan Risiko Kemalangan


image

PONTIAN – Umpama perangkap jalan. Demikian kebimbangan disuarakan penduduk antara Parit Betak dengan Parit Abbas di sini berhubung jalan di kampung berkenaan yang rosak dan berlubang-lubang.

Rata-rata penduduk yang ditemui mengeluh kerana berdepan dengan risiko kemalangan hampir setiap hari disebabkan jalan tersebut.

Penduduk, Ali, 51, berkata, jalan yang menjadi penghubung antara Benut, Parit Betak dan Rengit melalui jalan kampung Parit Abas ini, didakwa penduduk sudah hampir setahun tidak dibaiki,

”Ibu bapa dari Parit Abas merupakan golongan yang paling kerap menggunakan laluan ini untuk menghantar anak sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak.

”Manakala ada juga guna laluan ini untuk hantar anak ke Sekolah Kebangsaan yang berhampiran di kampung terbabit,” katanya lagi.

Dia yang merupakan penduduk tetap di situ, memberitahu kejadian penduduk terjatuh motosikal untuk mengelak lubang di jalan terbabit kerap berlaku ketika waktu malam dan subuh.

”Keadaan jalan di sini pada waktu malam sungguh gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

”Situasi ini menyebabkan penduduk sukar untuk melihat keadaan jalan yang berlopak seterusnya menyebabkan mereka mudah terjatuh,” katanya lagi.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat, Ustaz Atan Gombang ketika ditemui berkata, penduduk turut mendakwa, jalan yang diturap setahun yang lalu hanya berukuran 2 inci sehingga menyebabkan jalan itu ada yang berlubang sedalam 5 inci.

”Sepatutnya, lebih 4 inci jalan itu perlu diturap. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?  Kami akan kemukakan aduan penduduk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana khuatir ada unsur penyelewengan di situ,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: