Utama > Uncategorized > Bubar Parlimen Segera Kalau BN Yakin Menang

Bubar Parlimen Segera Kalau BN Yakin Menang


image

KLUANG – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Johor, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar membubarkan parlimen segera seandainya parti komponen Barisan Nasional mendapat sokongan rakyat.

Bagaimanapun Faizi berkata, pendapat mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik nyata berbeza dengan meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

”Dr Ling menyebut pada bulan Mei yang lalu bahawa selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik.

”Secara umumnya beliau melihat bahawa orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, BN mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Faizi yang juga setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dan pihaknya percaya bahawa masyarakat Cina dan India di Johor juga telah bersedia untuk menerima kerajaan yang baru di bawah pentadbiran PR.

Faizi berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar tentang parti MCA dan MIC Johor yang melahirkan keyakinan akan mendapat sokongan rakyat pada PRU13,  walaupun tarikh sebenarnya masih menjadi tanda tanya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA negeri, Datuk Hoo Seong Chang dilaporkan berkata, pihaknya telah menjalankan persiapan menghadapi PRU13 sejak setahun lalu dan tidak mempunyai masalah sekiranya ia dijalankan pada tahun ini juga atau tahun hadapan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: