Utama > Uncategorized > PAS Ayer Hitam Beri Sumbangan

PAS Ayer Hitam Beri Sumbangan


image

AYER HITAM – Sebagai tanda prihatin dengan masalah rakyat, PAS Kawasan Ayer Hitam berkesempatan mengadakan lawatan sekaligus menyampaikan sumbangan kepada pesara tentera Mohamad Kayat, 64, di rumahnya, Kampung Jawa, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Naib Yang Dipertuanya, Hj. Mardi Marwan, Mohamad yang sukar bergerak setelah terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini tidak mampu menanggung keperluan lain selain kesukaran mencari rezeki.

Walaupun anak-anak Mohamad ada yang membantu, namun katanya, ia masih tidak mencukupi seperti keperluan ubat dan sebagainya.

”Saya harap ada pihak termasuk persatuan bekas tentera memberikan bantuan sewajarnya bagi meringan beban yang dihadapi.

”Sebelum kemalangan yang menyebabkan kaki kirinya dan juga tulang rusuknya patah, Pak Mat ini bekerja kebun untuk menyara hidupnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mardi turut memberitahu, Pak Mat yang sudah berkhidmat dalam pasukan tentera selama 16 tahun dan tidak mempunyai keistimewaan ‘pencen’ kakitangan kerajaan kerana tidak cukup perkhidmatan iaitu 21 tahun.

Katanya, walaupun perkhidmatannya tidak cukup, sekurang-kurangnya dia masih lagi bekas tentera dan pihak persatuan bekas tentera perlu mengambil berat kesusahan dialaminya,

”Saya berharap benar Pak Mat menerima bantuan dan kemudahan daripada persatuan bekas tentera terutama dalam urusan hariannya juga ubat-ubatan yang diperlukan.

”Untuk Jun dan Julai tahun ini sahaja, dia sudah tiga kali berulang-alik ke hospital untuk menerima rawatan, terutamanya di bahagian tulang rusuknya yang agak lemah setelah kemalangan yang dialami tempoh hari,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: