Utama > Uncategorized > Mustapa Dinasihat Selamatkan Artis Dari Leka

Mustapa Dinasihat Selamatkan Artis Dari Leka


image

PONTIAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dinasihati agar berusaha menyelamatkan golongan artis daripada hanyut kepada keduniaan.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rajyat (PAR) Pulai Sebatang, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, fenomena penyertaan artis kepada PAS adalah melalui kesedaran dan keinsafan yang diperolehi bagi mendekatkan diri pada yang Esa.

”Berkata Mustafa Mohamad, BN dah lama mesra artis, PAS pula kebelakangan ini gunakan artis untuk tarik anak muda. Wahai Pak Mustafa sebagai pemimpin, anda sepatutnya berusaha menyelamatkan artis dari lalai dan leka serta patuh kepada ajaran Islam.

”Sebaliknya artis sendiri yang menerima hidayah dari Allah SWT, kerana golongan ini tidak rompak wang rakyat, jiwa seni yang halus yang dimiliki olih golongan artis membuat mereka lebih dekat kepada Allah.

”Sebaliknya pemimpin yang bergelumang dengan kejahatan, merompak harta rakyat menyebabkan mereka jauh dari hidayah Allah SWT. Sepatutnya Pak Mustafa bersyukur kerana adanya artis yang sedar dan insaf ingin kembali kejalan Allah, serta mampu pula mengajak anak muda idola mereka bersama-sama menghayati ajaran Islam,” katanya lagi

Hakikatnya kata beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku, pemimpin UMNO-Barisan Nasional gagal membawa rakyat ke Jalan Allah kerana matlamat perjuangan mereka mengejar kehidupan duniawi, kemewahan, kekayaan, keseronokan hawa nafsu dan gila pangkat serta kuasa .

”Alhamdulillah kita bersyukur kerana mutakhir ini ramai anak muda mendekati agama. Cuma pemimpin tua yang ketinggalan zaman masih ditakuk lama terus tertipu dengan kehidupan dunia kerana mereka menipu rakyat. Mereka tipu rakyat. Dunia tipu rakyat.

”Jadi, mereka sebagai manusia yang tidak takut ancaman Allah.  Bahkan mereka berani mengancam rakyat yang beri mandat kepada mereka. Amat malang bagi sesebuah negara demokrasi yang pemerintahnya dipilih oleh rakyat tetapi bermusuhan dengan rakyat. Itulah tanda terbesar kejatuhan sesebuah kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini pada 21 Julai yang mengulas berhubung fenomena kemasukan golongan artis ke dalam parti PAS kebelakangan ini.

Mustapa dilaporkan berkata, ia berlaku kerana PAS kini mungkin memerlukan kerjasam artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: