Utama > Uncategorized > Ibu Tunggal, Kunjungan Pertama PAR Bkt Permai

Ibu Tunggal, Kunjungan Pertama PAR Bkt Permai



KULAI – Awal Ramadan merupakan saat yang tidak boleh dilupakan buat Sabariah Abdul Samad, 69 apabila Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Bukit Permai mengadakan kunjungan ke rumahnya, di Bandar Baru Putra, dekat sini, ahad lepas.

Menurut Penyelianya, Mazlan Aliman, Sabariah yang hanya menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tidak mempunyai pendapatan lain dan mengharapkan ehsan daripada pelbagai pihak.

“Ziarah pada bulan ramadhan tentu lebih menginsafkan. Semalam, saya menyertai 20 orang jentera MTD Dun Bkt Permai, Kulai bertemu warga emas, ibu tunggal dan golongan miskin sekitar Bandar Putra dan Kg Pertanian.

“Saya teruja dan simpati nasib Makcik Sabariah bt Abd Samad, 69 tahun yg hidup seorang diri. Berasal dari Pontian, menyewa rumah di 725 Jln Cengal 13 Bandar
Putra dengan sewaan RM300 sebulan. Tidak ada pendapatan tetap melainkan bantuan bulanan dpd JKM sebanyak RM300,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mazlan yang juga Ajk PAS Pusat mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai keprihatinan untuk turut membantu lebih-lebih lagi ganjaran berlipat kali ganda disediakan ALLAH dalam bulan Ramadan ini.

“Kepada mereka yg ingin beramal dan menyumbang dlm bulan ramadhan ini, sila ziarahi makcik ini seperti alamat di atas. Moga kita prihatin dengan kesusahan
rakyat,” jelasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: