Utama > Uncategorized > Wanita Berhutang Ah Long, PAR Terima Aduan

Wanita Berhutang Ah Long, PAR Terima Aduan


image

PASIR GUDANG – Akibat bimbang dengan ancaman daripada agensi peminjam wang tidak berlesen ‘Ah Long’ menyebabkan seorang wanita telah datang ke pejabat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas untuk membuat aduan.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, gara-gara ingin memajukan perniagaan jualan langsungnya maka dia terdorong untuk meminjam wang sehingga mencecah ribuan ringgit.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak tercapai malah dia terpaksa berdepan dengan masalah baru kerana gagal menjelaskan hutang lalu berasa terancam dengan keselamatan diri dan keluarga.

”Pusat Aduan Rakyat Pas. Pagi tadi saya terima aduan dari wanita yang tinggal di Pasir Gudang. Beliau telah meminjam wang Along dengan tujuan untuk berniaga jualan langsung tetapi akhirnya berniaga tak menjadi dan terpaksa berhutang dengan hampir 9 Along jumlah yang hampir 10k semua sekali.

”Sekarang ini beliau dapat ancaman dari pihak Along kerana gagal bayar pinjaman beliau menangis megenangkan nasib anak anak beliau kerana bimbang keselamatan anak anak beliau. Laporan polis telah di buat,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Ibn Bacoks semalam.

Mengulas lanjut, Syed Othman yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri mengalu-alukan sebarang bantuan daripada mana-mana pihak bagi meringankan beban wanita terbabit.

”(pihak) Yang berminat untuk membantu boleh hubungi PAR menurut kata pengadu dah banyak tempat dia pergi mengadu semua tak layan,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: