Utama > Uncategorized > Taktik Diktator Tuduh Pembangkang Diresapi JI

Taktik Diktator Tuduh Pembangkang Diresapi JI


image

MERSING – Tuduhan yang mengaitkan pembangkang dengan pengganas disifatkan sebagai taktik kebanyakan rejim diktator di seluruh dunia.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor, dakyah ini cuba ditiru oleh pihak berkaitan dengan harapan kuasa yang ada tidak beralih tangan kepada pihak lain.

”Kini pembangkang di Negara kita dituduh diserapi komunis dan JI.

”Bukankah ini taktik kebanyakan diktator di seluruh dunia seperti Muammar Ghadafi, HosniMubarak, Mohammad Soleh, Bashar Assad dan
‘khalifah’ di negara-negara Asia Barat yang cepat
mengguna isu pembangkang diserapi elemen
pengganas Al Qaeda bila berhadapan dengan
kebangkitan rakyat.

Kerajaan UMNO-BN tiru tindakan rejim-rejim Asia Barat untuk terus berkuasa dikala kebangkitan rakyat menolak mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang sangat kesal berulangnya lagi taktik kotor kerajaan yang memerintah untuk berhadapan pembangkang dan musuh politik bila menggunakan isu komunis dan JI menyerapi parti pembangkang.

NGO itu dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, pengumuman transformasi politik oleh Perdana Menteri nampaknya hanya gimik dan sandiwara politik yang sangat memualkan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: