Utama > Uncategorized > Kedudukan PAS Di Kubu Kuat UMNO Makin Kukuh

Kedudukan PAS Di Kubu Kuat UMNO Makin Kukuh


image

PONTIAN – Jika sebelum ini, PAS berjaya menembusi kubu kuat UMNO di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Sepam,  kali ini ia semakin bertapak apabila XPDC Dakwahnya berjaya diadakan.

Seorang penduduk Miskan Tiran,58, berkata, selama ini pemahamannya berhubung politik Islam begitu kabur bagaimanapun dengan program itu ia menyedarkannya bahawa sebelum ini ditipu dengan pelbagai dakyah.

Katanya, memisahkan politik dengan urusan agama merupakan ajaran sekular yang wajar ditentang kerana ia boleh merosakkan pemikiran umat Islam.

”Apapun, terima kasih kepada Ustaz Atan kerana sudi hadir dan insya Allah saya akan menggerakkan jentera di kawasan ini,” katanya lagi semasa sesi dialog di Kampung Permatang Palas, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Ustaz Atan turut menekankan kelebihan bulan ramadhan dan kaitannya dengan pelaksanaan hudud.

Katanya, kalau masyarakat boleh menerima ibadah puasa suatu kewajipan mengapa perundangan Islam seperti Hudud sukar menapak dan pelbagai alasan apabila ingin melaksanakannya.

”Dalam Quran ada ayat kewajipan puasa. Dalam Quran juga ada kewajipan Qisas, hudud dan sebagainya. Mengapa tak boleh nak terima?” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: