Utama > Uncategorized > Warga Emas Disantuni

Warga Emas Disantuni


image

PONTIAN – Seorang warga emas Parmi Padiman, 96, antara yang  mendapat perharian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut bagi mengagihkan sumbangan Ramadhan melalui Jelajah Kebajikan di seluruh Kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Menurut Penyelianya, Ustaz Atan Gombang, Parmi adalah antara individu yang dikenalpasti sebagai penerima sumbangan kerana mengalami masalah gangguan ingatan, disamping keadaan fizikalnya yang uzur.

Katanya lagi, lebih menyayatkan hati apabila pergerakan Pardi yang hampir satu abad itu amat terbatas hanya mampu berbaring di sepanjang hari.

Bagaimanapun, Pardi amat bertuah kerana mempunyai anak yang prihatin menjaga kebajikannya sebagai tempat buat dia menyambungkan kehidupan dalam usianya yang masih berbaki ini.

”Anaknya, makcik Siti Ahmad dan cucunyalah yang menjaga Pardi sejak 10 tahun lalu yang mana dia tidak mampu untuk berjalan. Hanya terbaring sahaja. Malah dia ada masalah ingata. Kalau dia ingat, dia akan bercakap. Kalau tidak, dia akan diam sentiasa.

”Saya difahamkan, keluarga ini tidak mempunyai kebun dan mengharapkan bantuan cucunya yang mengambil upah bagi mengisi sumber pendapatannya.

”Walaupun Pardi mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun dengan wang RM300 itu belum cukup untuk menampung pelbagai kos bagi merawat dan menjaga kebajikan Pardi,” kata Ustaz Atan lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kebajikan berupa keperluan harian dan wang tunai di rumah Pardi di Parit Kassan, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian, Mohmad Ismail, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, Ustaz Atan menyeru kepada mana-mana pihak agar turut sama membantu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga terbabit.

”Sekurang-kurangnya kedatangan kami ini mampu memberikan sedikit kegembiraan dan kami berdoakan agar makcik Pardi itu pulih sedia kala,” jelasnya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: