Utama > Uncategorized > Jalan Sempit dan Tiada Bahu Jalan Undang Kemalangan

Jalan Sempit dan Tiada Bahu Jalan Undang Kemalangan


image

PONTIAN – Ketiadaan bahu jalan dan keadaan jalan yang yang sempit telah menyebabkan penduduk di kawasan Kampung Parit Abas dan Parit Betak bengang dan mahu pihak berkaitan mengatasi masalah mereka.

Jalan pintas yang menghubungkan beberapa kampung memberi masalah kepada para pengguna yang mendakwa masalah itu sudah lama berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan ada yang ditimpa kemalangan.

Hasil tinjauan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, telah menemukan penduduk, Salim Mohd Yasir, 42, berkata, jalan kampung yang sempit dan hanya boleh dilalui sebuah kenderaan sahaja menyukarkan lagi pergerakan penduduk.

”Memang sempit. Nak berselisih kereta dengan motorpun susah. Sudahlah tiang elektrik betul-betul di tepi jalan malah bahu jalan tiada terus curam kira-kira 4 kaki,” katanya lagi.

Ibn bacoks sebelum ini melaporkan satu insiden yang membabitkan kenderaan konvoi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Pontian yang kebetulan melalui jalan tersebut terbabas lalu terbalik akibat mengelak motorsikal.

Pemilik kenderaan pacuan 4 roda yang juga ketuanya, Ustaz Mohd Faizul Hakim berkata, dengan keadaan jalan yang sempit, disamping tiada bahu jalan menyebabkannya gagal mengawal kenderaan lalu menggelongsor ke tepi jalan yang sedalam 4 kaki.

Sementara itu, Ustaz Atan Gombang, Penyelia PAR Benut ketika dihubungi berkata, kerja-kerja melebarkan jalan perlu diusahakan segera, disamping tiang elektrik yang didakwa mengganggu laluan perlu dialihkan supaya tidak terlalu rapat dengan jalan.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak pihak terbabit mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut demi keselesaan bersama.

”Satu memorandum berkaitan akan digerakkan bersama aktiviti menurunkan tandatangan daripada mereka yang terlibat dengan masalah tersebut,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: