Utama > Uncategorized > Pemuda Sasar Gerak Lebih Aktif

Pemuda Sasar Gerak Lebih Aktif


image

PONTIAN – Dewan Pemuda PAS (DPPK) Pontian terus beramal pada hari-hari dalam bulan Ramadan dengan mengunjungi beberapa lagi buah rumah di sekitar Unit Peti Undi (UPU) Tampok, di sini, baru-baru ini.

Ketua Pemudanya, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad berkata, sepanjang Ramadan ini, Pemuda mensasarkan bergerak ke seluruh kawasan secara berperingkat bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Menurutnya, Pemuda perlu bergerak lebih aktif untuk menghulurkan bantuan di samping sumbangan daripada pihak-pihak lain yang prihatin.

”Dari awal Ramadan hingga kini kami sudah menziarahi banyak rumah bagi menghulurkan bantuan.

”Kita guna konsep turun ke akar umbi bertemu penerima sumbangan bagi memudahkan golongan muda seperti kami sebagai pelapis kepimpinan masa depan merasau sendiri kesusahan yang dialami mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan pada program XPDC Kebajikan anjuran bersama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Pada program yang sama, para peserta dipertemukan dengan Azmi Ahmad, 43 di Kampung Tampok Laut, Benut.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: