Utama > Uncategorized > Jentera Yang Ramai Bukan Pra Syarat Kemenangan

Jentera Yang Ramai Bukan Pra Syarat Kemenangan


image

SIMPANG RENGGAM – Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor menegaskan bahawa hikmah disebalik peristiwa Badar Kubra memperlihatkan jumlah jentera yang ramai bukan pra syarat kepada sebuah kemenangan.

”Rasulullah saw telah mengetuai gerombolan yang jumlahnya 313 iaitu sedikit berbanding tentera quraisy.

”Kalaulah ramai itu syarat kemenangan, maka Kelantan kita tak menang. Begitu juga perang Badar,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaian taujihatnya pada majlis Sambutan Badar Kubra peringkat Pemuda PAS Johor di Markas PAS Kawasan Simpang Renggam, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Sementara itu, Ustaz Azam yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau memberitahu bahawa kejayaan yang diraih Baginda saw itu menjurus kepada lima elemen disamping ia adalah bantuan daripada Allah swt.

”Sebab kemenangan di Badar Kubra yang pertama ialah kekuatan akidah. Kedua, semangat jihad yang tinggi. Ketiga, pengorbanan yang tinggi. Keempat, Nabi adalah pangliman yang bijak berstrategi dan yang kelima, kekuatan doa,” katanya lagi.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: