Utama > Uncategorized > Badar Kubra Negeri Johor Bakal Ada Kejutan

Badar Kubra Negeri Johor Bakal Ada Kejutan


BATU PAHAT – Program Sambutan Badar al-Kubra peringkat PAS Negeri johor akan menerima satu kejutan apabila pihak penganjur akan mengumumkan bahawa ada individu berpengaruh akan mengisytiarkan diri sebagai ahli PAS di majlis tersebut Sabtu ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, seorang bekas pegawai tinggi yang memegang jawatan dalam salah satu kementerian dijadualkan akan menyerahkan borang PAS dan akan disaksikan lebih 5000 penyokong gerakan Islam itu nanti.

Katanya lagi, dengan mengikut langkah beberapa penama yang melakukan tindakan yang sama di negeri-negeri lain, seorang pesara yang berasal dari Muar itu terdorong itu berbuat sedemikian.

Selain itu, katanya lagi, ada beberapa individu termasuk berstatus Datuk bakal menjadi ahli PAS seumur hidup dalam waktu terdekat ini.

“Majlis pengisytiharaan dan penyerahan borang pesara berumur 57 tahun ini dijadualkan berlangsung Sabtu ini jam 9 30 malam di Kompleks PAS Kawasan Batu Pahat, Sungai Tongkang Rengit.

“Majlis itu bersempena dengan sambutan Badar Kubra peringkat PAS negeri Johor,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Dr Mahfodz turut memberitahu bahawa dengan penyertaan individu terbabit merupakan khabar gembira buat seluruh pendokong parti itu, sekali gus memberi impak kepada rakyat Johor keseluruhannya.

Disamping itu, penerimaan mereka kepada perjuangan PAS diharap boleh mengukuhkan parti setelah pengalaman yang panjang berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Advertisements
Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: